Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, March 13, 2011

72 KELUARGA LEGA PADA PAKATAN RAKYAT


72 keluarga Kampung Kemensah Hilir lega terima kunci rumah

HULU KELANG, 12 Mac – Seramai 72 keluarga di Kampung Kemensah Hilir kini boleh menarik nafas lega apabila projek perumahan Rumah Bandar Bukit Kemensah Indah siap sepenuhnya dan boleh didiami dalam masa terdekat.

Majlis Penyerahan Kunci Rumah “Town House” yang diadakan pada Sabtu, dimana mereka daripada penempatan asal akhirnya menerima kunci kediaman masing-masing.

Projek perumahan yang merangkumi blok A, B, C dan D, masing-masing mempunyai keluasan 850 kaki persegi dan bernilai RM50, 000 setiap unit.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad dalam ucapannya berkata, projek rumah bandar tersebut benar-benar memenuhi hasrat dan citarasa penduduk untuk memiliki penampatan yang diidamkan.

Iskandar menjelaskan, kerajaan Selangor akan terus berusaha mengurangkan bilangan setinggan di negeri itu untuk membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan dan jaminan hak asasi rakyat bagi mendapatkan kediaman yang selesa.

“Kerajaan negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat sentiasa serius dan mengambil berat hal ehwal kebajikan peneroka bandar Selangor terutama dari penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti, selesa, teratur dan mampu disewa serta dibeli termasuk kemudahan-kemudahan asas yang lain. Matlamatnya adalah supaya dapat memperbaiki taraf fidup rakyat dan bekas peneroka agar tidak memberi imej buruk kepada kerajaan negeri sejajar dengan kesempatan pembangunan negara,” katanya.

Ujar Iskandar lagi, program tersebut dicetus bagi memperbaiki keadaan tempat tinggal peneroka bandar yang kebiasannya mengalami masalah kesesakan, tidak selesa dan tidak mempunyai kemudahan asas serta infrastruktur.

“Kejayaan terbesar negeri Selangor adalah apabila berjaya mengharamkan penggunaan Ordinan Darurat yang menjadi mimpi ngeri peneroka bandar dan penduduk Selangor yang sebelum ini telah meratah dan memupuskan banyak kawasan peneroka bandar. Projek perumahan yang telah bermula sejak tahun 2000 ini dikendalikan anak syarikat kerajaan negeri untuk memajukan tanah tersebut dan menyediakan penempatan selesa serta lengkap dengan kemudahan tersusun serta terancang,” katanya.

Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Perspektif Masa Sdn Bhd (PMSB) dipertanggungjawabkan untuk menempatkan semula penduduk-penduduk asal Kampung Kemensah Hilir menerusi Program Penempatan Semula Setinggan Negeri Selangor.

Pembangunan projek perumahan yang meliputi kawasan tanah seluas 15.6 ekar ini bakal dibangunkan dengan komponen-komponen lain secara berfasa, antaranya rumah teres, rumah kelab dan dewan.

Majlis penyerahan kunci kediaman tersebut diserahkan Iskandar Samad sambil disaksikan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Haji Ahmad Omar serta Pengerusi PMSB, Datuk Samad Maharuddin.

Sementara itu, wakil penduduk Kemensah Hilir, Abdul Rapar Ujud meluahkan rasa gembiranya apabila kerajaan negeri berjaya menyelesaikan projek perumahan yang terbengkalai sejak sekian lama.

“Saya berasa gembira kerana rumah dh siap sepenuhnya tetapi masih ada rumah yang belum mempunyai bekalan elektrik. Dijangka Isnin nanti bekalan elektrik akan lengkap sepenuhnya dan boleh didiami,” katanya.

Bagi Mimah Tokiran, beliau juga turut mempunyai pendapat sama dan benar-benar menghargai keprihatinan kerajaan negeri Selangor dalam memastikan kebajikan serta keselesaan rakyat terpelihara.

“Makcik berasa gembira dan senang hati apabila menerima kunci ini. Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana akhirnya berjaya juga menyiapkan projek perumahan ini setelah lebih enam tahun menunggu,” katanya.

Pasangan suami isteri, Azizah Abdul Hamid dan Basri Osman, masing-masing berasa teruja untuk mendiami kediaman baru yang telahpun siap sepenuhnya.

“Saya berasa bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan pihak-pihak terlibat yang memantau projek perumahan ini. Jadi, saya amat berbangga dan berbesar hati mendapat rumah yang tidak jauh dari Kuala Lumpur.

“Ini sebagai satu hadiah buat kami kerana saya sudahpun bersara dan akan menetap di sini,” katanya.

No comments: