Sudah sampai masa Malaysia mengunakan daftar pengundi automatik dan tanda
Cadangan Daftar Undi Secara automatik nampaknya dapat persetujuan sebulat suara dalam panel Wacana Sinar di Intekma Resort tempohari.
Walaupun berlainan bidang dan parti politik , empat ahli panel bersetuju kerajaan melaksanakan pendaftaran automatik bagi pengundi umur 21 tahun kerana kaedah itu memudahkan bakal pengundi.
Walaupun dikatakan proses melaksanakan akan mengambil masa namun pesetujuan mencapai titik persamaan adalah langkah awal yang sangat positif yang tidak harus ada sebarang tentangan atau alasan dari mana-mana pihak.
4 panel berkenaan ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) Datuk Noordin Che Ngah dan Pengerusi Institut Perhubungan Awam Profesor Datuk Hamdan Adnan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment