Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, February 8, 2011

SATU, SATU 1MALAYSIA UMNO BRANTAKAN DI MAHKAMAH !

Rakyat Malaysia terutama di Selangor harus ambil pengajaran dan wajar serik dengan sokong mereka dengan mengundi BN. Rakyat dan pengundi harus beri tumpuan dan undian kepada calon Pakatan Rakyat.Kita bukan kata calon atau wakil rakyat Pakatan Rakyat adalah sempurna, tapi kalau dibandingkan kualiti dan penampilan mereka amat jauh berbeza demi keadilan dan kemajuan Malaysia.

Lepas satu, satu pemimpin UMNO dan bekas pemimpin UMNO dibawa ke mahkamah. Rentetan selepas Dr Khir Toyo bekas Menteri Besar kemudian kes Ketua UMNO Pandan semalam dan hari ini Bekas Exco Selangor 1997 (UMNO juga) di bawa kes ke mahkamah. Teman tak mahu komen samada kes ini tak cukup bukti atau diperam selama ini.Kita folow jer, adigan itu.

Sharif Jajang tidak isytihar kepentingan dalam mesyuarat


KLANG: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa bekas anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohamed Sharif Jajang tidak mengisytiharkan kepentingannya dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang semasa perbincangan mengenai permohonan Lesen Menduduki Sementara (LMs) oleh Institut Kemahiran Memandu Sepang Sdn Bhd (IKMAs) diadakan.

Datuk Mansur Ramli, 55, Pegawai Kewangan negeri Selangor berkata dalam mesyuarat yang diadakan pada 16 Jun 1997 dan dipengerusikan beliau selaku pegawai daerah Sepang pada masa itu, Mohamed Sharif juga tidak meninggalkan mesyuarat semasa perbincangan mengenai permohonan IKMAS untuk mendapatkan LMS bagi kawasan seluas kira-kira 1.2 hektar di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang diadakan.

"Sekiranya seorang ahli jawatankuasa tanah daerah itu isytiharkan kepentingannya dan keluar dari mesyuarat, ia akan dicatatkan dalam minit mesyuarat kerana dari segi amalannya jika seorang itu ada kepentingan dia tidak boleh ambil bahagian dalam mesyuarat," katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah (BPR), Zulkarnain Hassan pada perbicaraan Mohamed Sharif yang menghadapi tuduhan rasuah berhubung satu permohonan tanah di Sepang, lapan tahun lepas.

Mohamed Sharif, 62, dituduh melakukan kesalahan itu dengan menggunakan kedudukan awam bagi faedah dirinya iaitu telah mengambil bahagian dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang yang memperakukan permohonan Lesen Menduduki Sementara tanah di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang kepada IKMAS, anak syarikat Konsortium Sepang Berhad (KSB), di mana Mohamed Sharif mempunyai kepentingan.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di bilik mesyuarat Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang pada 16 Jun 1997, ketika menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil yang dilantik sebagai Anggota Jawatankuasa Tanah Daerah Sepang.

Tuduhan mengikut Seksyen 2 (1) Ordinan Nombor 22 (Kuasakuasa Perlu) Darurat 1970 itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mansur yang merupakan saksi keempat pendakwaan berkata keanggotaan jawatankuasa tanah daerah tersebut terdiri daripada pegawai daerah Sepang yang bertindak sebagai pengerusi, wakil-wakil rakyat dari parti kerajaan dan ketua penolong pegawai daerah tanah sebagai timbalan pengerusi merangkap setiausaha.

Beliau berkata jawatankuasa itu berperanan untuk menimbangkan permohonan tanah bagi diperakukan kepada anggota Exco untuk kelulusan.

Perbicaraan hari keempat itu menyaksikan pendakwaan mengemukakan sebanyak lima salinan minit mesyuarat jawatankuasa tanah daerah Sepang sebagai bahan kes untuk diteliti saksi itu.

Terdahulu, pada prosiding pagi, saksi ketiga pendakwaan Mohd Yahya Margona, 40, yang menjalankan perniagaan sekolah memandu di Banting dekat sini, menyambung keterangannya di hadapan Hakim Nor Afizah Hanum Mokhtar.

Sementara itu, perbicaraan pada hari ini tertangguh sebanyak dua kali setelah peguam Amy Chong Boon Chin memaklumkan bahawa peguam utama kes itu, Datuk Muhammad Shafee Abdullah menghadiri kes lain di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Perbicaraan disambung esok. BERNAMA

No comments: