Apa tak pelik, bila kes di DUN Siputeh ... SPR lebih berkuasa dari Mahkamah (Speaker punya kuasa tenggelam)
Bila kes di DUN Pelabuhan Klang ...Mahkamah pula lebih berkuasa dari SPR (Speaker pun tenggelam). Kami rakyat yang tak faham sangat undang-undang lagi keliru.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilarang mengadakan mesyuarat bagi membincangkan status ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah sehingga 17 Feb ini.
Perintah itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas membenarkan permohonan Badrul Hisham untuk mendapatkan injunksi interim terhadap SPR, sementara menunggu saman pemulanya bagi satu deklarasi bahawa beliau masih ADUN kawasan berkenaan didengar.
Hakim Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaludin Md Said yang mewakili SPR dan peguam Datuk Mohd Hafarizam (kanan) Harun untuk Badrul Hisham (kiri).
Badrul Hisham memfailkan permohonan pada 28 Jan lalu bagi menghalang SPR daripada mengadakan pilihan raya kecil di kawasan berkenaan, atau mengisytiharkan bahawa kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong.
Sebelum itu, pada 24 Jan, Badrul Hisham memfailkan saman pemula untuk mendapatkan pengisytiharkan mahkamah bahawa beliau masih ADUN Pelabuhan Klang dan berhak menghadiri persidangan DUN Selangor.
Beliau juga meminta mahkamah mengisytiharkan keputusan speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim pada 19 Jan lepas sebagai tidak sah dan batal kerana ia melangkaui perlembagaan Selangor.
Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong atas alasan Badrul Hisham tidak menghadiri persidangan DUN Selangor selama enam bulan tanpa sebarang sebab munasabah.
Badrul Hisham yang memenangi kerusi berkenaan atas tiket PKR pada pilihan raya umum 2008, meninggalkan parti itu pada Oktober 2009 untuk menjadi ADUN Bebas yang mesra BN.
Beliau menyertai Umno pada Mei tahun lalu.BH/-
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Seandainya keputusan status DUN di dalam pertikaian diketahui selepas tamat tempoh sah untuk memboleh PRK diadakan. Adakah PRK akan diadakan? Adakah SPR akan berdolak dalih dengan menyatakan bahawa tempoh sah untuk PRK diadakan tersebut telah tamat? Bagaimana pula jika keputusan dibuat beberapa hari sebelum tamat tempoh sah PRK yang memihak kepada Speaker DUN, di mana secara logiknya PRK akan diadakan di luar tempoh sah PRK, adakah SPR akan berdolak dalih?
Yang saya nampak takkan ada PRK walaupun keputusan memihak kepada Speaker memandangkan tempoh sah PRK sudah sampai di penghujung. SPR akan cuci tangan. Tahun-tahun mendatang kes seumpama ini akan ditangguhkan sehingga tamat tempoh sah PRK.
Betul jugak, nie lah UMNO/BN punya kerja, mudahan blogger UMNO/BN akan sedar secara senyap dan akui kebenaran perjuangan Pakatan Rakyat contoh macam paneh minang dan beberapa lagi , nanti saya akan paparkan.
Sedartak wahai UMNO/BN ! masa Pakatan Rakyat perintah Perak kamu kata Speaker tiada kuasa ,,pastu bila UMNO/BN dah rampas , Speaker lebih berkuasa pula.
Post a Comment