Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, February 5, 2011

PESANAN RINGKAS NAK LEKAS TAPI BINGKAS DAN TANGKAS

Kita rakyat Malaysia terutama yang telah berdaftar sebagai pengundi dan boleh mengundi (kecuali pengundi POS ) dah bagi yang beriman dengan Allah, kena ingat matlamat hidup kita yang sebenar. Kita hidup untuk dapat kedudukan terbaik di akhirat dan bukan inginkan status atau darjat pada pandangan kacamata manusia di dunia saja malah kita mahukan keredhaan Allah. Oleh itu, matlamat kita biar jelas. Kita perlu menilai diri kita, adakah kita benar-benar sedang mendokong perjuangan Rasulullah atau sedang menentang perjuangan Rasulullah. Pilihan kita biarlah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Mana-mana parti yang jelas bertentangan dengan Islam hendaklah kita tolak, itulah tandanya kita cinta kepada Allah dan kasih kepada Rasulullah. Cuba kita fikir-fikirkan...Adakah kita sebagai pemimpin membiarkan ahli keluarga kita membuat maksiat dengan bergaul dengan bukan muhram dan diketahui rakyat jelata melalui internet.
Adakah dengan menganjurkan konsert masih tidak boleh dianggap maksiat kepada Allah, adakah tidak melaksanakan hukum Allah masih tidak boleh dilabelkan sebagai maksiat kepada Allah. Alangkah butanya kita semua...."Ya Allah bukakanlah hati dan mata kami."
Sedangkan yang bukan Islam di Malaysia dah buka mata dan sedar mana yang baik untuk dipilih sebagai pemimpin berbanding dengan pemimpin yang makan rasuah dan tiada maruah tetapi harta dan wang melimpah ruah.

No comments: