Adun BN DUN Tenang akan menghadapi satu kes mahkamah pada 7 Februari ini kerana di saman semasa bertugas sebagai ADO Segamat sebelum ditukarkan ke Pejabat Daerah Kecil Rengit.
Rakyat DUN Tenang terutama pengundi memang silap besar mengundi dan memilih Mohd Mohd Azahar Ibrahim sebagai YB mereka yang terbukti cuai dan lalai ketika menguruskan hal tanah di daerah Segamat lapan tahun lalu.
Mohd Azahar ketika itu memegang jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.
Bagaimanapun keputusan mahkamah tidak memihak kepada Mohd Azahar.
Menurut Salahuddin, saman tersebut dibuat oleh pihak ketiga yang telah membeli tanah seluas lapan ekar yang berharga RM70,000.
Pendengaran kes tersebut ditetapkan 7 Februari ini di Mahkamah Tinggi Muar.
Mohd Azahar tempohari berkata perkara tersebut telah selesai dan berkata beliau hanya bertindak mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Bagaimanakan YB Umno-BN dengan mudah menyatakan isu tersebut sudah selesai sedangkan akibat kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa telah menyebabkan pembeli (tanah itu) yang membeli secara tidak sah menyaman calon Umno-BN, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan kerajaan negeri Johor sebagai defendan bagi menuntut ganti rugi berjumlah lebih kurang RM1.5 juta.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment