Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, February 7, 2011

NAJIB PECAH TANAH, RAKYAT PECAH KEPALA

6 Februari 2011 Projek RM190j untuk penduduk Kg. Baru ?
Cuba jelaskan skit wahai blogger AMENO ? Apa penduduk Kg Baru sebenarnya akan dapat dengan pembinaan kondo tersebut? Adakah Rakyat mampu beli kondo harga RM850 kaki persegi? kalau kali dengan 600 kaki maka nilai sebuah kondo lebihkurang RM500,000! Mungkin dengan cara ini akan dapat menarik tuan-tanah Kg baru agar menjual aset mereka untuk mendapat hasil lumayan kalau dijadikan projek kondo atau hotel. Mesti PERKASA akan bangga dengan projek yang akan menaikkan nama Melayu pasal Datuk Mohd Kay adalah Melayu.

NAJIB melihat model bangunan Mercu Zikay Kampung Baru
selepas merasmikan majlis pecah tanah projek berkenaan di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Sebuah bangunan hotel dan kondominium setinggi 40 tingkat dikenali sebagai Mercu Zikay akan dibina di Kampung Baru di sini.
Pengarah Urusan Zikay Group, Datuk Mohd. Khay Ibrahim berkata, projek mercu tanda Zikay bernilai RM190 juta itu merangkumi 289 bilik hotel dan 130 unit kondominium.

“Kondominium ini akan dijual pada harga RM850 bagi satu kaki persegi selain turut disediakan perkhidmatan helikopter di bumbung bangunan,” katanya melalui satu kenyataan semalam.

Akhbar baru-baru ini melaporkan projek Mercu Zikay akan bermula pada suku kedua tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan.

Mohd. Khay berkata, selain kemudahan helikopter, penghuni Mercu Zikay akan turut menikmati kemudahan bertaraf lima bintang lain termasuk gimnasium.

Majlis pecah tanah projek berkenaan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di tapak projek yang terletak bersebelahan Masjid Kampung Baru semalam.
Tengah rakyat 'pecah kepala' dengan negara masih alami ekonomi yang belum pulih dan kenaiakan harga petrol 95 & 97 dan harga barangan melambong Najib berbangga dengan majlis pecah tanah dan pengumuman RM20,000,000 untuk baiki Masjid Kg. Baru. Yang Menteri Pertahanan umum RM6,000,000,000 untuk bina 6 buah kapal tentera. Sebelum tu RM1,600,000,000 untuk FELDA dan berbilion untuk bantuan segera Sabah. Untuk rakyat subsidi ditarik balik kunun untuk kebaikan rakyat. Rakyat akan diperambat dengan saman ekor, saman polis dan saman JPJ di semua kategori jalan.

Terdahulu Najib melancarkan Program Ziarah Masjid di Masjid Kampung Baru dan merasmikan penubuhan Kelab Belia 1Masjid Kampung Baru.

Pada majlis itu juga, Najib mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk menaik taraf dan membaik pulih masjid berkenaan.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail.

1 comment:

Anonymous said...

Hahaha...sah2 la ko ni xtau pape...tau nk kutuk org jer...ish3

Ameer