TANGIS BUJANG TAHA TERUBAT JUGA: DAPAT BANTUAN RM21,000 SEMALAM
TANGIS dan hiba Bujang Taha, juara bina badan negara dan Mr Asia terubat juga semalam apabila wakil Yayasan Kebajikan Bekas Atlet Malaysia (YAKEB) menemuinya dan menghulurkan sumbangan berjumlah RM21,000.(Yang sebenar YAKEB beri RM1,000 sahaja ,rm10000 dari bank Rakyat dan RM10000 lagi dari NAIM, sewajarnya YAKEB beri RM10,000)
Sumbangan itu adalah untuk meredakan keresahan dan kehibaan Bujang selepas rumahnya musnah dijilat apa beberapa hari lalu.
RM10,000 diterima daripada Bank Rakyat, RM10,000 daripada Naim Holdings Berhad (Naim) dan RM1,000 daripada YAKEB.Semoga budi baik semua membantu Bujang dihargai Allah.
1 comment:
patutnya bersyukur laa seribu sekalipun, YAKEB bukan jaga Bujang Taha seorang, kalau dia diberi 10,000 baki ahli lain sape nak tanggung...lagipun kalau tak silap saya YAKEB yang memohon bantuan dari NAIM dan BANK RAKYAT agar menyumbang kepada Bujang Taha, kalau tak rasanya 20, 000 tu pun tak dapat...sebab itulah Bank Rajyat dan Naim menyumbang melalui YAKEB...kalau tidak baik diorang bagi sendiri kepada Bujang....apalah, nama jer ulama, tapi buat cerita yg menimbulkan prejudis, sentiasalah bersangka baik wahai 'ulama'...
Post a Comment