kOMEN : Kalau tiada masalah kenapa Najib nak jumpa sendiri semua Adun di Sarawak.
Adakah Taib Mahmud sebagai pengerusi perhubungan UMNO Sarawak sudah tidak dipercayai 100% oleh Najib?
ADUN Sarawak Jumpa PM Ahad Ini
KUCHING: Kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sarawak akan memberi laporan terperinci berhubung kawasan masing-masing, termasuk masalah dihadapi, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad ini.
Ketua Menteri Sarawak dan Pengerusi BN negeri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengakui setiap kawasan DUN di Sarawak ada cabaran tersendiri namun ia telah diselesaikan dan akan dicari jalan penyelesaian memandangkan bukan semua masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan segera.
Beliau berkata ADUN terbabit telah cuba memperoleh maklum balas mengenai pelbagai isu di kawasan masing-masing sejak setahun lalu melalui perbincangan dengan pemimpin peringkat akar umbi.
Taib berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di ibu pejabat parti tersebut di sini Khamis.
Sementara itu, Perdana Menteri dijadual tiba di Miri pada Ahad ini dengan aturcara pertama beliau ialah mengadakan sesi perjumpaan dengan Adun Sarawak, manakala pada sebelah malam pula, beliau akan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina peringkat kebangsaan di Dataran Kipas, Miri.
Ramai penganalis politik di sini meramalkan pertemuan dengan ADUN itu sebagai langkah terakhir Perdana Menteri untuk mengumpul maklumat bagi membuat keputusan sama ada mengadakan pilihan raya umum serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak.
Sebelum ini, Taib dipetik berkata beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-13.
Tempoh penggal kerajaan negeri sekarang akan berakhir pada Julai tahun ini.
Pada pilihan raya negeri 2006, BN Sarawak menang 63 daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. BERNAMA
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
2 comments:
sebenarnya akan ada perubahan besar berlaku di sarawak...
ada kabar menyatakan. 70% adun BN akan swing kuar BN...
dan akan memjadi parti pembangkang menentang BN pada pilihanraya nanti..
kesedaran telah wujud bilamana taib seperti pemerintah di tunisia mesir yaman yang terlalu lama memerintah da mengaut harta negeri secara berleluasa...
rakyat sarawak bangkit!!!
kita jangan cuba berangan mereka akan beraleh menyokong pembangkang hapir pilihan raya nanti pemimpin bn akan bawa buah tangan kepada mereka masa tu semuanya akan kelia inilah rialiti yang berlaku dari dahulu hingga sekang.
Post a Comment