Beras China mengandungi logam berat?
BEIJING: Sehingga 10 peratus beras yang dikeluarkan China dicemari logam berat berbahaya daripada pencemaran yang dikaitkan dengan proses perindustrian pesat negara itu, menurut satu laporan.
Laporan majalah New Century edisi minggu ini melaporkan satu kajian menunjukkan bahawa sejumlah besar beras China dicemari logam berat seperti kadmium sejak beberapa tahun lalu tetapi tiada banyak usaha diambil bagi mendedahkan bahaya itu.
“Ketika proses pesat perindustrian China, aktiviti seperti melombong muncul di merata tempat, sekali gus melepaskan unsur kimia seperti kadmium, arsenik, raksa dan logam berat berbahaya lain.
“Logam berat berbahaya ini tersebar menerusi udara dan air dan mencemar kawasan tanah yang luas...pencemaran rantaian makanan sudah wujud sejak beberapa tahun lalu," menurut laporan itu.
Laporan itu merujuk kajian sejak 2007 yang tertumpu pada beberapa kampung pedalaman di selatan China berhampiran lombong dan kawasan perindutsrian di mana masalah kesihatan seperti penyakit tulang muncul, terutamanya di kalangan warga emas.
Di kalangan bijiran, beras paling kuat menyerap kadmium yang sering meresap dalam air yang digunakan untuk pengairan sawah berhampiran lombong seperti plumbum, timah dan tembaga. - AFP
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment