Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, February 7, 2011

BANTU NEGERI YANG BELUM DITADBIR PAKATAN RAKYAT !


Alhamdulillah Kerajaan Selangor sentiasa ingat rakyat di bawah Pemerintahan Pakatan Rakyat namun rakyat di bawah negeri-negeri yang belum menerima Pentadbiran Pakatan rakyat Kerajaan Selangor tidak lupa membantu terutama di kala bencana Alam seperti kejadian banjir yang menimpa negeri Pahang, melaka dan Johor.

SHAH ALAM, 6 Feb – Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM150,000 bagi membantu mangsa-mangsa banjir di selatan tanah air iaitu di Johor, Melaka, dan Pahang.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pihaknya telah turun padang sejak Khamis lalu untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Menurut Rodziah, bantuan yang diberikan termasuklah keperluan asas seperti makanan untuk memudahkan mangsa banjir memulakan kehidupan selepas kediaman mereka dilanda banjir.

“Fasa pertama kita keluar RM50,000 lepas tu bila kita tengok keadaan banjir pula berlaku di Johor dan Melaka jadi kita tambah lagi RM150,000 jadi RM200,000 semuanya,” katanya.

Rodziah berkata, kebanyakan mangsa banjir telah pulang ke rumah namun, masih terdapat keluarga yang tinggal di pusat pemindahan sementara.

Jelas Rodziah, bantuan RM150,000 adalah bantuan tambahan Kerajaan Negeri kepada mangsa banjir di negara ini setelah berjaya memperuntukkan RM50,000 kepada mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Dalam pada itu, Rodziah turut akan menyalurkan bantuan mangsa banjir ke Negeri Sembilan.

“Saya sendiri turun ke Terangganu, Pahang, insyaAllah akan pergi juga ke Negeri Sembilan untuk bantuan tersebutlah, kita bagi rumah ke rumah dan kita kumpulkan mereka untuk beri bantuan secara teratur,” katanya.

Sehingga semalam, keadaan banjir di Johor, Melaka dan Pahang dilaporkan surut sepenuhnya dengan jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan kekal dan hanya beberapa pusat pemindahan masih lagi dibuka.

No comments: