Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 4, 2011

UMNO BIMBANG TENANG AKAN TUMBANG ! TAKBIR !!!

Jika pengundi DUN Tenang amati,pesanan dan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa undi PAS dapat pahala kerana pengundi memilih calon berakhlak mulia, beriman, bertakwa yakni yang tahu dosa pahala yang pasti tidak melakukan perkara terkutuk seperti dilakukan beberapa menteri kerajaan. Insyallah DUN Tenang akan terus tenang tidak bergolak dengan maksiat dan terus makmor.

Ingatlah , jangan kerana habuan tak seberapa yang diberikan kerajaan BN/UMNO, sehingga rakyat atau pengundi lupa akan keberkatannya memilih pemimpin.

Masihkah kita ingat mengenai khutbah Jumaat yang dibacakan di masjid seluruh Kelantan sehari sebelum pilihan raya umum 1990 mengenai panduan memilih pemimpin yang bakal menerajui negara?
Dengan kutbah itulah dengan izin Allah rakyat Kelantan dan pengundi Kelantan sedar panduan memilih memimpin menyebabkan BN kalah teruk.

Ini adalah antara punca utama Kelantan masih kekal memerintah Kelantan, kerana Negeri Cik Siti Wan Kembang itu ditadbir seorang pemimpin yang berakhlak mulia, beriman selain bersih daripada rasuah apatah lagi untuk melakukan perkara terkeji seperti dilaku dan diamalkan pemimpin BN.

Kalau pengundi DUN Tenang terus memberi kemenangan kepada BN/UMNO maka memang pengundi buta hati dan buta mata dari melihat kebobrokan pemimpin UMNO/BN yang terserlah bergelumang dengan rasuah dan maksiat terutama kes Menteri dan ADUN serta bekas ADUN yang terlibat dengan skandal seks. Parlimen Labis di mana DUN Tenang berada juga pernah di terajui oleh Presiden MCA yang terlibat dengan video lucahnya sendiri.
Tak tahulah kalau rakyat / pengundi Islam di Tenang masih kabur dengan calon PAS yang memang sudah diterima oleh orang bukan Islam. Lihatlah bukti di ulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan.

Di bawah ini boleh baca rungutan blogger BN/UMNO yang bimbang dengan Menteri UMNO yang sibuk pangkah amah yang sepatutnya jadi contoh untuk pangkah dacing.

Asal PRU, kita berkempenlah suruh pangkah BN. Setiap kali kita dapat yakinkan pengundi, kekallah dia jadi wakil rakyat atau Menteri.

Orangnya pandai cakap, berpantun dan faham budaya. Pelajan tinggi educated. Kita percaya dia bagus dan baik.

Mana nak sangka rupanya anak dia ada macam-macam hal.

Kemungkinan dah lama sangat Menteri. Dah terambil mudah macam-macam perkara.

Besuk ada laporan polis di IPD Seremban 2 pukul 10:45 pagi pulak. Susah ni ....

PRK Tenang dah dekat. Macam mana pengundi nak ikut cakap dia bila dia ceramah suruh pangkah BN di Tenang?

Pasal dia sendiri tak pangkah BN. Dia pangkah amah.
Nukilan Husin Lempoyang

No comments: