Keputusan inkues Teoh Beng Hock (TBH) bukan sahaja memeranjatkan semua yang hadir dalam mahkamah majistret Shah Alam, tetapi juga menimbulkan drama.
Setelah Koroner Azmil Muntapha Abas mengumumkan “Keputusan Terbuka”, peguam, wartawan dan orang awam ramai yang terkejut dan terpinga-pinga.
Sebaik keputusan diumumkan, peguam pemerhati yang mewakili keluarga TBH, Gobind Deo dan ayahnya, Karpal Singh membuat sidang media di luar bilik mahkamah dan ketika itulah adik TBH, Teoh Lee Lan tidak dapat mengawal perasaan dan menangis teresak-esak serta menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentuk sebuah Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat kes ini.
Kehadiran kira-kira 50 penyokong keluarga TBH menyukarkan wartawan menjalankan tugas di mahkamah yang agak sempit itu.
Tiada bukti kukuh menunjukkan si mati bunuh diri ataupun dibunuh mendorong Koroner Azmil Muntapha Abas mengumumkan “Keputusan Terbuka” terhadap inkues kematian TBH.
Keputusan yang dibuat di Mahkamah Majistret 5 itu mengejutkan kira-kira 90 orang yang, separuh daripadanya wartawan, yang memenuhi kamar berkenaan. Sementara di luar bilik mahkamah, kira-kira 50 wartawan dan 50 orang awam tidak dibenarkan masuk kerana kamar sudah penuh.
Azmil menolak kemungkinan TBH membunuh diri kerana terdapat beberapa isu yang tidak diselesaikan berhubung andaian itu, terutama kesahihan nota yang dikatakan sebagai nota bunuh diri, serta tulisan di nota berkenaan.
Azmil juga menolak kemungkinan TBH dibunuh kerana walaupun terdapat bukti menunjukkan kecederaan di leher TBH berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tiada bukti menunjukkan kecederaan itu membantu atau menjadi punca kematian TBH.
Selain keluarga Teoh, turut berada dalam mahkamah ialah beberapa pemimpin pembangkang, antaranya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Lim Kit Siang, Teresa Kok, Elizabeth Wong dan Teo Nie Ching (MP Serdang). Khalid bagaimanapun terburu-buru meninggalkan mahkamah sebaik koroner mengumumkan keputusan.
Sebelum mengumumkan keputusan, Azmil menjelaskan bahawa tanggungjawab dan fungsinya sebagai koroner adalah untuk menentukan bila, di mana dan bagaimana si mati menemui ajalnya dan sama ada wujud pihak ketiga yang menyebabkan kematian si mati.
“Saya tidak mempunyai kuasa untuk membuat penghakiman ke atas liabilit jenayah atau liabiliti sivil. Sebagai koroner saya hanya boleh membuat penghakiman berikut, iaitu Keputusan Terbuka, Keputusan Peristiwa Malang (verdict of misadventure) atau Kematian disebabkan seseorang yang tidak diketahui.
“Secara ringkasnya tanggungjawab saya sebagia koroner bermaksud mencari jawapan menerusi inkues berdasarkan bukti nyata yang dibentangkan. Bagaimanapun seorang koroner tidak terikat untuk mengikut peraturan atau prosedur biasa mahkamah.
“Bagaimanapun dalam menentukan punca kematian, Koroner boleh mempertimbangkan bukti berdasarkan cakap orang atau khabar angin asalkan ia relevan dengan bukti,” katanya.
Azmil berkata, daripada keterangan saksi-saksi yang terakhir menemui si mati terdapat jurang yang tidak dapat dijelaskan pada tarikh 16 Julai antara 6 pagi hingga 1 petang. Sehubungan itu katanya, waktu kematian akan disandarkan kepada keterangan pakar-pakar forensik (Dr Khairul Azman Ibrahim, Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Portnthip Rojasunan).
“Berdasarkan keterangan pakar-pakar ini, saya membuat konklusi si mati dipercayai meninggal dunia antara 7.15 pagi-11.15 pagi pada 16 Julai 2009,” katanya.
Berdasarkan keterangan pakar-pakar juga, Azmil berkata Teoh Beng Hock masih sedar sebelum impak berlaku.
“Saya mengesahkan semua pakar pathologi bersetuju bahawa punca kematian disebabkan kecederaan pelbagai yang berlaku akibat jatuh daripada tempat tinggi. Bagaimana terdapat dua teori yang mendominasi inkues ini yang dikemukakan oleh pihak berkenaan, iaitu keluarga mangsa dan SPRM, iaitu sama ada kematian akibat dibunuh atau bunuh diri.
“Selepas bedah siasat kedua, bukti kecederaan leher adalah elemen paling penting untuk mencadangkan kematian disebabkan oleh pembunuhan, walaupun ia dikemukakan oleh seorang pakar. Manakala SPRM bergantung kepada penemuan “nota bunuh diri” oleh pegawainya, ASP Ahmad Nazri Zainal pada penghujung inkues.
“Meskipun terdapat bukti yang begitu bercanggah, sebagai koroner, saya bertanggungjawab menimbangkannya bersandarkan peraturan.
“Adakah wujud niat bunuh diri? Keterangan abang si mati mendedahkan bahawa si mati akan berkahwin dan dia menjalani kehidupan biasa dan tidak menghidapi sebarang penyakit psikologi.
“Pakar pathologi, Dr. Prashant berpendapat besar kemungkinan Teoh Beng Hock bunuh diri. Bagaimanapun pendapatnya perlu disokong dengan fakta dan bukti kukuh.
“Kandungan nota yang dikatakan ditemui dalam beg Teoh Beng Hock oleh ASP Nazri boleh dipersoalkan sama ada ia benar-benar sebuah nota bunuh diri. Pakar tulisan tangan, Wong Kong Yong (saksi-37) ketika memberi keterangan mengemukakan dua laporan.
“Bagaimanapun keterangan Wong hanya menentukan tulisan pada nota itu sama dengan dokumen yang ditemui dalam beg Teoh Beng Hock.
“Dua isu ini tidak diselesaikan, iaitu dokumen-dokumen itu tidak disahkan mengandungi tulisan Teoh Beng Hock dan tidak ada sampel tulisan Teoh Beng Hock dikemukakan bagi tujuan pemeriksaan oleh Wong Kong Yong.
“Tambahan, keterangan pakar penulisan tangan sering dipertikaikan, terutama dalam kes tulisan karektor Cina,” kata Azmil.
Koroner itu seterusnya mengatakan SPRM hanya bersandarkan kepada amaran bertulis Beng Hock sebagai sebab dia mahu membunuh diri.
“Saksi dari SPRM mengandaikan Beng Hock rasa amat bersalah dan takut untuk meninggalkan pejabat SPRM kerana dia malu untuk berdepan dengan masyarakat, terutama ketuanya. Keterangan saksi juga mengatakan Teoh Beng Hock dilihat seperti berada dalam keadaan resah, gelisah dan kelihatan bersalah.
“Saya kesal kerana tiada pakar sakit jiwa membuat laporan terhadap keadaan kewarasan minda Beng Hock ataupun nota yang dipersoalkan. Satu usaha telah dibuat pada peringkat awal inkues tetapi tidak berjaya.
“Saya tidak fikir sebagai koroner, saya layak membuat penilaiain sendiri hanya berdasarkan andaian semata-mata. Saya boleh membuat andaian bahawa nota itu dibuat oleh Beng Hock tetapi saya tidak layak untuk mengatakan ia sebuah nota bunuh diri.
“Selepas menimbangkan keterangan Dr Shahidan, Dr Portntip dan Prof Dr Venezis, saya dapati wujud bukti mencukupi untuk mengesahkan kecederaan di leher sebagai kecederaan yang berlaku sebelum si mati jatuh.
“Bagaimanapun saya dapati tidak ada bukti cukup untuk mengesahkan kecederaan sebelum jatuh ini menyebabkan atau menjadi punca kematian si mati.”
Azmil berkata, mengenai laporan wujud DNA lelaki yang tidak dapat dikenalpasti, tidak ada bukti kukuh yang menyokong keterangan itu.
“Tanpa bukti kukuh, kita tidak boleh membuat andaian kewujudan orang ketiga yang bertanggungjawab terhadap kecederaan sebelum jatuh itu. Maka, saya menolak Keputusan Kematian Disebabkan pembunuhan.
“Berdasarkan sebab-sebab di atas, konklusi saya terhadap inkues ini ialah Keputusan Terbuka.” – 5/1/2011.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Namun sikit sebanyak penyebab hal ini ada kaitan dengan SPRM dan UMNO. Jika kau orang benar, kau selamat, jika sebaliknya, kau tanggunglah akibatnya dunia akhirat.
Post a Comment