Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, January 22, 2011

TERHINA? NAJIB DAH CARI HABIS TAPI TIADA CALON UMNO LAYAK DI LABIS

Pemilihan Mohd Azhar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi menentang calon PAS Normala Sudirman dalam pilihanraya kecil N.05 DUN Tenang, Johor, tidak perlu dipersoalkan oleh mana-mana ahli-ahli Umno juga dalam kabinet Najib.

Ahli UMNO dan penyokong tegar UMNO harus sedar, Najib memang sukar memberi kepercayaan kepada Wakil Rakyat yang dipilih oleh Rakyat. Apatah lagi setakat calon untuk DUN Tenang. Contoh terbaik kita boleh lihat UMNO ramai ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat tetapi Najib boleh pilih wakil rakyat yang kalah dalam pilihanraya seperti Datuk Shahrizat dan dilantik sebagai menteri. Kalau ikutkan Rafidah Aziz menang tetapi tidak disenarai dalam kabinet. Bergitu juga kepada Samy Vellu yang kalah dalam PRU12 boleh dilantik sebagai jawatan bertaraf menteri. Memang UMNO ramai ahli parlimen tapi rupanya hampeh tidak layak untuk dipilih. Satu lagi kes Najib punya bengong boleh pilih Jamaludin Jarjis Ahli Parlimen Rompin sebagai Duta ke USA. Kenapa mereka yang dah kaya dilantik pelbagai jawatan? Kan lebih berkesan DUTA Malaysia yang sepenuh masa bertugas beribu km di sana? Apa salahnya diagihkan kerja supaya hasilnya lebih berkualiti dari bertugas terkejar ke sana terkejar ke sini?
Kenapa dilantik calon dari bekas wakil rakyat yang telah berkhidmat berpenggal-penggal yang kekayaan makan tak habis disambung oleh anak atau cucu pula?
ahli UMNO tak nampak ke semua ini?

Sampai ada seorang ahli Umno Labis yang tidak mahu dikenaliberkata "Sebagai orang yang lama bergerak aktif dalam Umno di Bahagian Labis, rata-rata kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan Umno Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan hilang kepercayaan kepada seluruh kepimpinan Umno bahagian ini," Inilah realiti sebenar yang dimati oleh media kerajaan.

Oleh itu, beliau mencadangkan agar anak-anak peneroka dalam DUN Tenang beralih dan menyokong PAS kerana menurutnya amalan Feudalisma, memilih anak bangsawan dan juga anak beranak serta waris-waris (kronisme) sebagai pemimpin dalam Umno

"Najib sendiri anak kepada bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Razak, Datuk Seri Hishammuddin Hussein anak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Datuk Mukhriz Mahathir anak kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, di Tenang, pemilihan Mohd Azahar Ibrahim kerana dia anak kepada Allahyarham Ibrahim Daud, bekas Senator, bekas ADUN Tenang dan bekas Ketua Umno Bahagian Labis.

"Begitu juga ADUN Parit Jawa, Dr. Robiah Kosai yang juga Exco Kerajaan Negeri Johor yang pernah terpilih menjadi Ahli Parlimen Muar dan Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi adalah anak kepada bekas wakil rakyat Muar, Allahyarham Datuk Kosai,"ujarnya.

Selain itu menurutnya, bekas Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Zainab Bon Abu Bakar juga adalah anak kepada bekas wakil rakyat yang lebih tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Tebrau. Mohd Tawfek Tun Dr. Ismail pula pernah dipilih menjadi Ahli Parlimen Sungai Benut kerana beliau anak kepada Allahyarma Tun Dr Ismail Abdul Rahman.

Begitu juga Tan Sri Syed Hamid Albar pula adalah anak kepada Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar sudah mewakili Parlimen Kota Tinggi lebih dari lima penggal. Datuk Abd Hamid Abd Rahman, ADUN Renggam merupakan menantu kepada Allahyarham Datuk Fatimah Salim, bekas Ketua Umno Bahagian Sungai Benut. Hari ini Datuk Senator Sharifah Azizah Syed Zain pula muncul sebagai salah seorang pemimpin wanita dari Johor kerana beliau adalah anak kepada Allahyarham Datuk Syed Zain bekas ADUN Parit Raja dan Speaker Dewan Undangan Negeri Johor.

Sama seperti Datuk Nurjazlan Mohamed, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA merupakan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno dan Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat.

"Rata-rata anak pemimpin, menantu pemimpin dan adik beradik pemimpin Umno terpilih menjadi wakil rakyat, walaupun kelulusan mereka tidak seberapa tetapi mereka yang merupakan cikgu sekolah, peniaga dan orang biasa diketepikan sahaja oleh Umno kerana ‘bukan darah bangsawan’,"katanya kesal.

Secara totok beliau mendedahkan, di Johor kini, ada dua ADUN adik beradik, seorang bernama Osman Safian merupakan ADUN Kempas dan seorang lagi Datuk Aziz Safian, ADUN Nusa Jaya dan merupakan Ketua Umno Bahagian Gelang Patah.

Justeru beliau menyeru seluruh Umno Labis dan seluruh kepimpinan Umno Labis memprotes tindakan pemimpin atasan.

1 comment:

lakenok said...

Hmm..
Di Labis ada seorang Guru yg jd pemimpin UMNO dan berkhidmat kpd parti melebihi 20 tahun..Sampai nk pindah balik ke negeri asalnya pun org2 Labis x bagi..Dgrnya dia byk berjasa menghidupkan pergerakan peringkat pemuda dikawasannya dan disenangi oleh penduduk2 Labis..
Masuk Najib ke Tenang,pilihan tempatan yg ada langsung diketepikan..Entah apa krateria yg dimahukan oleh Najib sehingga tidak mahu mendengar penilaian dikalangan penduduk tempatan..Klu di peringkat ini penduduk Tenang x mahu menilai sikap pemimpin atasan neh,masih nk menjilat lambang dan Slogan yg x jejak ke bumi pun tuh,satu2nya peluang keemasa utk mengajar pemimpin atasan mcm diorang neh dilepaskan dgn begitu sahaja!!