Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 4, 2011

TAK PERLU ANDAIAN, DAH ADA JAWAPAN !

Kenyataan Nik Aziz Selepas Bertemu Abdul Hadi

KOTA BHARU, 4 Jan 11: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, beliau dan pemimpin kanan PAS telah dipanggil menghadap Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan dalam satu majlis santapan malam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.
Menurutnya, titah Tuanku Mizan itu telah disampaikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau mengunjunginya di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di kediaman rasmi MB, JKR 10 hari ini.

Bagaimanapun, katanya, "Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap."

"Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya.
Kenyataan Media
Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan
Merangkap al-Mursyidul Am PAS

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut :

Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana.

Terima kasih. Wassalam.

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS

No comments: