Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 18, 2011

SULTAN DAH PERKENAN , TAKKAN ADUN BN/UMNO NAK LIGAN!

Komen : Masa inilah ADUN BN terutama ADUN UMNO tunjukkan kesetiaan dan menaikkan martabat rajaraja Melayu yang telah dihilangkan oleh Tun Dr Mahathir semasa pemerintaha Tun M dahulu. Mereka bukan sahaja perlu hadir malah perlu memberi sokongan padu untuk cadangan Pakatan Rakyat agar dikembalikan kuasa Sultan yang telah dihilangkan.

Sultan beri perkenan sidang DUN Selangor 24 Januari ini

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Januari ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani,Selasa mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lepas untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri. -18/1/2011

No comments: