Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, January 22, 2011

SIJIL DR KHIR JELAS, SIJIL DR SATIM DALAM GELAS?

SHAH ALAM, 22 Jan. : Ketua Pembangkang, Datuk Dr Satim Diman menyifatkan dakwaan beliau menggunakan gelaran doktor falsafah (Dr) palsu sebagai tuduhan jahat.

Katanya, dakwaan yang ditimbulkan Exco Kerajaan Negeri, Yaakop Sapari itu adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

“Isu ini pernah digunakan beliau ketika berkempen semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 tetapi ia tidak berkesan kerana saya menang pada PRU tersebut.

“Ia sengaja dibuat bagi tujuan serangan peribadi terhadap saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, beliau menganggap tindakan itu satu gimik politik murahan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR) untuk menjatuhkannya.

“Biarlah... Saya tidak mahu layan Yaakob,” katanya.

Semalam, Yaakop dalam satu kenyataan menggesa Datim mendedahkan bentuk pengajian dan universiti terlibat menganugerah gelaran tersebut.

Yaakop mendakwa, gelaran Dr yang dimiliki Satim diragui dan mahu beliau menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan doktor falsafah beliau kepada Speaker Selangor dengan segera bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

“Situasi hari ini amat membimbangkan kerana ramai masyarakat sanggup membeli Ph.D melalui sindiket tanpa perlu bersusah payah dalam mendalami ilmu,memperkembangkan kajian dan mempercambahkan nilai keilmuan,” katanya.

Yaakob menganggap tindakan membeli Ph.D adalah satu jenayah, merendahkan martabat universiti dan merupakan satu penghinaan kepada dunia akademik.

“Kita meragui perkara itu dan menggesa beliau supaya mengisytiharkan taraf pendidikan beliau.

“Satim telah menggunakan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk edaran di beberap masjid dan surau sekitar DUN Sri Serdang,” katanya.

1 comment:

Wellness, The Next Big Thing said...

Dr Satim, kami memang percaya yang Dr telah mendapat anugerah Kedoktoran. Jangalah marah .... tetapi kami cuma nak tahu universiti mana, bila dan apakah pengkhususan Kedoktoran?

Boleh Dr beri penjelasan?