Komen Keras : Sebelum ini tidak kurang 3 kali siasatan menyeluruh sudah dibuat ke atas kenderaan awam terutama bas ekspress selepas terlibat dalam kemalangan ngeri yang melibatkan ramai nyawa melayang . Rupanya baru JPJ perasaan lebih 4,000 kenderaan awam termasuk bas pesiaran dan bas ekspress tidak diperiksa di PUSPAKOM.
Sebanyak 4,111 atau 31 peratus daripada 13,242 kenderaan jenis bas awam yang didaftarkan di negara ini gagal menghadiri pemeriksaan berkala di Puspakom Sdn. Bhd. (Puspakom) sepanjang tahun lalu.
Kesemua kenderaan yang dikategorikan sebagai bas awam itu adalah bas henti-henti, bas persiaran, ekspres, sewa khas dan bas sekolah.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, pemeriksaan berkala setiap enam bulan sekali perlu dijalankan semua kenderaan perdagangan termasuk bas awam sebelum beroperasi. “Sehubungan itu, kita akan menyiasat punca kegagalan mereka menghadiri pemeriksaan Puspakom.
“Kita syak jumlah kenderaan ini berpunca daripada sama ada pengusaha bas berkenaan menghentikan operasinya atau beroperasi tanpa melalui pemeriksaan Puspakom dan cukai jalan,” katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri Operasi Bas Persiaran di Stesen Penguat Kuasa JPJ Gombak dekat sini hari ini. Solat berkata, mana-mana kenderaan yang gagal menjalani pemeriksaan di Puspakom sebanyak tiga kali berturut-turut boleh digantung cukai jalan selama sebulan.
Malah, pihaknya akan mencadangkan supaya pendaftaran bas itu dibatalkan sekiranya mereka tidak melalui Puspakom atau mengambil cukai jalan selama setahun atau lebih.
Solah memberitahu, pihaknya memandang serius perkara ini dan akan meningkatkan operasi secara berterusan ke atas kenderaan awam di seluruh negara terutamanya menjelang perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Beliau memberitahu, sejak 2007, pihaknya melakukan pemeriksaan di setiap terminal bas dalam memastikan semua pengusaha bas mematuhi peraturan ditetapkan.
“JPJ menempatkan pegawai di setiap terminal untuk membuat pemeriksaan dari segi keadaan bas, pemandu dan buku log aktiviti ke atas setiap bas.
“Pegawai kami turut ditempatkan di jalan tertentu untuk mengambil gambar mana-mana kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas,” ujarnya.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, kata Solah, JPJ kini mewajibkan semua pemandu bas mengedarkan borang aduan mengenai tahap pemanduan kepada setiap penumpang bas-bas ekspres mulai semalam.
Menurut beliau, pemandu bas wajib mengedarkan borang aduan kepada setiap penumpang yang menaiki bas mereka.
“Sekiranya terdapat 20 penumpang, maka 20 borang akan diedarkan dan ia (borang) itu akan diserahkan kepada pegawai JPJ yang ditempatkan di semua terminal atau hentian bas,” katanya.
Beliau menambah, sekiranya terdapat aduan daripada penumpang, siasatan akan dilakukan terhadap pemandu berkenaan.
“Jika didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan, pemandu bas itu boleh dikenakan tindakan serta merta,” tegasnya.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Hisham Othman berkata, bilangan kenderaan yang gagal menghadiri pemeriksaan di agensi itu sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian.
“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana mengikut undang-undang, semua kenderaan perdagangan termasuk bas awam wajib menjalani pemeriksaan di Puspakom.
“Justeru, kita minta semua pengusaha bas agar mematuhi peraturan ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengguna yang menggunakan perkhidmatan bas,” ujarnya
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Masaalah ini tidak akan selesai,buatlah peraturan sebanyak mana pun,Masaalah pokoknya adalah pembuat dasar undang2 itu sendiri,walau bagai manapun pemandu tetap disalahkan,sedangkan org.di atas duduk senang lenang,mengaut keuntungan di atas titik peluh pemandu.
Post a Comment