Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, January 15, 2011

SEJARAH TERCATIT ! PM 5 MINIT !

DS Najib wajar ambil masa 30 minit seorang ahli parlimen dan ambilah masa 20 hari katakan untuk mengetahui dan menguji 135 ahli parlimennya.

Memalukan jika hanya dengan pertemuan lima minit, beliau dapat memberitahu dan mengetahui pandangan mereka serta situasi di setiap kawasan Parlimen seperti apa yang dianggap ini merupakan transformasi politik Umno dan BN.

Bagi MP BN dari kalangan Umno, mereka mungkin mempunyai peluang kedua mengadakan pertemuan dengan PM Najib kerana Najib dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu mengakui jika ada masa, beliau akan bertemu dengan ketua-ketua Umno bahagian pula selain Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), tetapi bagi MP BN yang bukan dari kalangan ketua Umno bahagian, apakah mereka masih berpeluang bertemu dengan PM Najib?
Ahli Parlimen BN kecewa bertemu PM hanya 5 hingga 10 minit! Aeorang PM pandang enteng macamlah zaman Jalak Lenteng. Ini abad ke berapa? Satu Parlimen adan beribu rakyat dan berjuta projek yg ok dan yg terbengkalai belum lagi yg runtuh yang perlu dketahui.

Berita gah bulan Januari 2011, Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan semua ahli parlimen (MP) BN di PWTC bertujuan mengetahui keadaan di kawasan diterajui wakil-wakil rakyat terbabit.

Kesannya, rata-rata MP yang bertemu dengan Najib ini melahirkan rasa kecewa yang amat sangat kerana mereka bukan berbincang 'empat mata' sahaja, sebaliknya bersama-sama Najib adalah Setiausaha Agung BN, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sudahlah selama ini mereka susah mahu meminta bertemu PM, kini, apabila PM menjemput mereka mengadakan pertemuan dalam masa 5-10 minit, ada pula orang lain yang menyebabkan pertemuan antara MP BN dengan PM dianggap sebagai beku , kaku dan tidak berjaya.

Dengarnya seorang MP Umno dari Sabah memberitahu, dia dijemput masuk bertemu dengan Najib bersama-sama MP dari Sabah yang mewakili PBS. Jika ada masalah dia dengan PBS di Sabah, bagaimana kah harus dia bercakap dengan PM ketika ada wakil PBS di bilik berkenaan yang boleh mendengar semua perbincangan?

Lepas tu ada seorang lagi MP Umno dari Pahang pula komen, sebaiknya Najib lebih bersedia untuk berjumpa dengan mereka, bersama-sama maklumat kawasan masing-masing. Tidak perlu bertanya kepada MP yang datang menemuinya dengan soalan-soalan kurang perlu seperti, "berapa majoriti awak dulu?" sedangkan semua maklumat ini tentunya patut ada di tangan PM yang serba tahu itu.

Mengambil contoh bapa borek anak rintik maka lepas ini ramai ahli Parliemn akan jumpa rakyat selama 5 minit. Ahli Parlimen kena raikan dan amalkan cara atau sebarang pendekatan yang dilakukan oleh seorang Pengerusi Barisan Nasional.

Lepas ni Najib akan terus dikenali sebagai PM 5 Minit dan mungkin menjadi sejarah kebanggan keluarga Allahyarham Tun Abd Razak.

1 comment:

zul_neem said...

assalaumaulaikum


Mungkin beliau tiada maklumat atau info yang hendak diberi didalam pertemuan itu yang bersesuaian dengan maklumat dan info yang dipunyai oleh ahli-ahli parlimennya berkenaan rakyat dan situasi yang berlaku dikawasan mereka.Oleh itu ahli-ahli parlimen BN hendaklah bekerja keras dan rapat serta tahu halehwal kawasan masing-masing dengan memberi perkhidmatan yang baik tanpa mengira bulu ,kalau tidak dapatlah,apa yang mereka dapat didalam pertemuan dengan pemimpin mereka baru -baru ini(Pertemuan 5 minit).Jika pertemuan 5 minit dengan malaikat maut,masing-masing faham-faham sajalah .