Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, January 25, 2011

SEBELUM JADI BEGINI LAGI, SIASAT SEMUA TUNTUTAN BAYARAN JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN

KUALA LUMPUR:
Bekas Penolong Pengarah Jabatan Tanah dan Galian di Putrajaya, Mohd Nadzri Mohd Radzi dipenjara 14 hari dan didenda RM230,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi kesalahan memperdayakan jabatan dengan memalsukan butiran dalam beberapa dokumen.

Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan itu selepas Mohd Nadzri, 28, menukar pengakuan kepada bersalah terhadap empat pertuduhan berkenaan pada prosiding hari ini.

Sebelum ini mahkamah menetapkan kes itu dibicarakan selama seminggu bermula hari ini.
Rozilah menjatuhkan hukuman penjara 14 hari bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan Mohd Nadzri menjalani hukuman itu secara serentak bermula hari ini.

Bagaimanapun mahkamah memberi peluang kepadanya untuk membayar denda itu secara ansuran sebanyak RM46,000 setiap bulan, dalam tempoh lima bulan pada setiap 28 haribulan.

Jika gagal menjelaskannya, Mohd Nadzri yang tidak diwakili peguam itu boleh dipenjara dua tahun.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Nadzri didakwa dengan niat memperdayakan jabatannya untuk mempercayai butiran dalam dokumen iaitu Pesanan Kerja bertarikh 17 April 2009 yang mengandungi perakuan bayaran "Pakej Penginapan, Makan dan Minum bagi Kursus Budaya Kerja Cemerlang Kumpulan Sokongan Zon Utara dan Zon Timur pada 22-24 April 2009 di The Regency Hotel Alor Setar, Kedah berjumlah RM18,360, sedangkan jumlah sebenarnya adalah RM10,462.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa dengan niat memperdayakan jabatannya untuk mempercayai butiran dalam dokumen iaitu invois M Suites Hotel bagi pakej penginapan makan dan minum bagi kursus budaya kerja cemerlang kumpulan pengurusan Zon Selatan dan Putrajaya bertarikh 13 hingga 15 Mei 2009 di hotel itu berjumlah RM20,010 sedangkan jumlah sebenar pakej itu adalah RM10,810.

Dia didakwa dengan pertuduhan yang sama yang melibatkan butiran dalam dokumen yang bertarikh 26 Mei 2009 iaitu "Pakej Penginapan, Makan dan Minum Bagi Kursus Pengurusan Majlis Protokol dan Etika Sosial anjuran Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian pada 3 hingga 5 Jun 2009" di Hotel Dynasty berjumlah RM24,995 sedangkan jumlah sebenar adalah RM12,166.80.

Bagi pertuduhan terakhir, dia didakwa dengan pertuduhan yang sama iaitu melibatkan butiran dalam dokumen yang bertarikh 19 Julai, iaitu "Pakej Penginapan, Makan dan Minum Bagi Kursus Induksi Khusus Bil 2 Tahun 2009, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian pada 21 hingga 24 Julai 2009" di Brisdale International Hotel, Kuala Lumpur yang berjumlah RM29,900 sedangkan jumlah sebenar RM10,160.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli, No 25 Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24, akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya hakim mengapa Mohd Nadzri melakukan kesalahan itu, dia berkata perlu menjelaskan hutangnya berjumlah RM80,000 selain perlu menyara keluarganya.

"Saya merayu kepada mahkamah agar meringankan hukuman itu kerana telah insaf," katanya. - BERNAMA

No comments: