Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Friday, January 28, 2011
PINDA INTERLOCK IBARAT PAKAI KAIN TAK CUKUP INCI
Pinda Interlok dengan pindaan yang akan dibuat kepada bahagian yang dianggap
sensitif oleh masyarakat India. Itulah pengumuman akhir Muhyiddin sebagai
Menteri Pelajaran. Melayu menggigit jari lagilah. Lihat selepas ini apa lagi
yang mereka minta dan mereka minta pinda.
Kita menyokong GAPENA membantah langkah Kementerian Pelajaran melakukan
pindaan. PENA juga mengatakan, hujah pihak MIC telah dibahaskan dan kementerian
telah "mematahkan" hujah mereka.
Satu lagi Muhyiddin menyatakan ia akan dipinda, persetujuan dari Sasterawan
Negara, Datuk Abdullah Hussin belum lagi diperolehi. Tuannya belum pun
menghalalkannya. Muhyiddin dah mula nak buat kerja 'haram'.
UMNO/BN perlu ajar siki Presiden MIC yang baru G. Palanivel kerana mengusul sesuatu yang pelik kerana cuba mengubah sejarah. Yang UMNO melalui Presiden UMNO dan Timb. nya terdesak sangat untuk mendapat sokongan dari orang India. Apa yang diminta semua nak bagi sampai benda dah jadi sejarah boleh dilayan untuk dipinda.
Sedangkan semasa Tun Mahathir buat kenyataan Melayu haprak, Melayu Malas ada NGO atau Pejuang Melayu nak tegur apatah nak pinda dalam akhbar.
Ini novel nak pinda, orang luar negara tentu tertawa pada Kerajaan malaysia yang boleh setuju mengubah karya agoong penulis tempatan yang sudah mashur hingga luar negara. Malunya !!!!
KUALA LUMPUR, 27 Jan — Persatuan Penulis Nasional (Pena) membantah keras keputusan kerajaan yang memutuskan untuk mengekalkan novel Interlok yang kontroversial dengan membuat pindaan pada bahagian-bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
Dalam reaksi segera, pertubuhan itu mahu novel tersebut, yang dihasilkan oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain, 91, empat dekad yang lalu dikekalkan tanpa sebarang pindaan walaupun sebelum ini ada desakan masyarakat India agar ia ditarik balik.
Menurut Presiden Pena Mohamad Saleeh Rahamad, pihaknya kekal dengan pendirian untuk tidak bersetuju dengan sebarang pindaan dalam novel tersebut.
“Pena tetap dengan pendirian asal untuk tidak terima sebarang tuntutan pindaan terhadap novel Interlok.
“Saya nak tanya di sini, apakah yang dimaksudkan dengan unsur sensitif kepada masyarakat India? Sedangkan tiada unsur sensitif.
“Pena bantah dengan keputusan kerajaan ini, sepatutnya kerajaan tidak perlu mengikut tuntutan yang dibuat itu kerana tiada asas yang kukuh mengatakan novel Interlok menghina orang India,” katanya
Beliau juga turut mempersoalkan keputusan kerajaan itu sama ada ia tuntutan yang dibuat keseluruhan masyarakat India atau pihak tertentu.
Novel Interlok terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menjadi kontrovesri kerana didakwa mengandungi unsur sensitif yang menyinggung perasaan kaum India pada kandungan muka surat 211 dan 220.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
assalamualaikum
Masalah yang berlaku keatas novel interlok adalah sebenar adalah berkaitan dengan kebijaksanaan dan ketegasan kerajaan didalam mempraktikkan keharmonian sosial budaya masyarakat antara kaum dimalaysia ini.Novel Interlok sebagaimana novel-novel yang lain seperti langit petang,ranjau sepanjang jalan dan novel-novel yang lahir dari group angkatan 50 banyak mengisahkan perihal masyarakat malaysia khusus bagi kaum bumiputra yakni kaum melayu.Intipati novel bersandarkan sejarah,sikap budaya satu-satu kaum,psikologi,politik,alam persekitaran dan mood semasa adalah asas-asas yang penting menjadikan cerita dan message yang utama bagi sebuah novel itu.Interlok adalah antaranya dan ditulis oleh sasterawan negara terulung iaitu datuk abdullah hussin yang sudah pasti mempersembahkan novel ini untuk rakyat malaysia bagi pendapat saya sebagai case study untuk rakyat yang minat pembaca dan open minded.Sikap kerajaan(BN) bertindak negetif dan tunduk keatas permintaan satu pihak tertentu untuk membuat pindaan keatasnya adalah berlawanan dengan konsep budaya ilmu dan karyawan.Apakah budaya ilmu dan karyawan itu, bagi saya keduanya adalah bererat dengan suara kebebasan rakyat,idea,informasi,bakat,pandangan,pernilaian dan keputusan.Tekanan yang dibuat keatas interlok oleh kerajaan umpama takut kepada bayang-bayang sendiri.Renung-renunglah wahai kerajaanku.
Post a Comment