Tan Sri Robert Phang Akhirnya Letak Jawatan Anggota Panel SPRM
PETALING JAYA: Tokoh kontroversi, Tan Sri Robert Phang telah melepaskan jawatannya sebagai anggota Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkuatkuasa serta merta.
Keputusannya itu muncul tidak sampai 24 jam selepas SPRM membenarkan Phang terus menjadi anggota panel berkenaan sehingga tamat tempoh keanggotaan penggal pertamanya pada 24 Februari depan.
Menurut Phang, beliau mengambil keputusan itu demi integriti dirinya dan juga SPRM.
Pada Rabu, SPRM telah mengeluarkan kenyataan bagi menyatakan keputusan untuk mengekalkan Phang dicapai secara sebulat suara oleh seluruh anggota jawatankuasa yang dianggotai oleh Phang dalam satu mesyuarat yang diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Tan Sri Dr Ramon Navaratnam.
Phang sebelum ini memohon pelepasan selaku anggota panel berkenaan bagi membolehkan SPRM menyiasat secara bebas dakwaan rasuah yang membabitkannya sebagaimana yang hangat diperkatakan oleh beberapa blog akhir-akhir ini.
Sebuah blog mendakwa Phang telah cuba memberi rasuah kepada seorang ketua setiausaha sebuah kementerian tahun lepas.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment