Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, January 24, 2011

NAYA PENOREH, KERAJAAN WAJAR AKTIFKAN GUNA KAD BUKTI PEMILIK KEBUN

Komen : Naya pekebun kecil disebabkan hasil dicuri setiap hari oleh pencuri getah terus dari batang pokok getah yang baru ditoreh. Kerajaan BN serta RISDA nampaknya terlepas pandang atau buat-buat tak pandang masalah tersebut.
Sepatutnya atau sewajarnya pihak berkenaan mengaktifkan penggunaan kad bukti pemilik kebun agar pencuri tidak mudah menjual hasil curi mereka kecuali mereka menjual melalui orang tengah yang mengupah mereka. Pengujudan kada pemilik kebun tidak usah terlalu mahal setakat RM5 kos kad pemilik bergambar agar sukar penjualan getah curi dapat dibendung.

TEMERLOH, 23 Jan – Harga getah yang tinggi memaksa penduduk beberapa kampung di daerah ini membina pondok dan khemah untuk bermalam di kebun masing-masing bagi mengelak hasil getah dicuri, lapor Bernama.

Kegiatan mencuri getah semakin berleluasa bukan sahaja pada waktu malam malah pada tengah hari sejak harga komoditi itu meningkat.

Ketua Kampung Kelibang, Kerdau, Mat Amit Jainal berkata pekebun terpaksa bersengkang mata dan berkawal menjaga kebun di pondok dan khemah yang didirikan mereka untuk mengatasi masalah itu.

Beliau berkata lebih 10 kejadian kecurian telah dilaporkan berlaku di sekitar kampungnya dalam tempoh 15 hari lepas.

“Sejak tindakan berjaga-jaga dan berkawal dilakukan pekebun dengan kerjasama Rela, kegiatan mencuri getah kini agak berkurangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansur menggesa pekebun getah agar membuat aduan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata kes kecurian getah tidak boleh dipandang mudah dan mereka yang bertanggungjawab perlu dihadapkan ke muka pengadilan.

Sepanjang tahun lepas, tiga orang telah ditangkap dan dibawa ke mahkamah atas kesalahan mencuri getah di daerah itu, katanya.

No comments: