SPR kaji undi proksi, 30 pindaan ditimbang sebelum PRU-13
KUALA LUMPUR, 16 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji sistem undi proksi bagi membolehkan seseorang pemilih diwakili oleh mana-mana individu yang layak pada hari pengundian, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Ia sebahagian daripada pindaan-pindaan yang dipertimbangkan untuk dibawa suruhanjaya itu, dipercayai akan diguna pakai jika diluluskan semasa pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut bakal diadakan akhir tahun ini.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
2 comments:
Macam macam SPR ni..
Kempen Tahun Kelawar
assalamualaikum
Pusing macammana pun atau 360 pusingan untuk memenang pihak yang batil pasti dipusingkan oleh Allah kembali untuk memenang pihak yang hak.Perancangan manusia adalah didalam ketetapan atau takdir yang ditentukan maka kemenangan yang hak pasti berlaku diatas kemusnahan yang batil.Sejarah Islam membuktikan Firaun dijatuhkan oleh allah diatas kekuatan dan menguasai serba serbi kehidupan bani Israel sampai bani Israel dimana kaum wanitanya tidak boleh menglahirkan anak lelaki dan dibunuh jika dilahirkan.Itu undang-undangnya untuk mengekal kekuasannya.Undang-undang ini juga membuat nabi musa as diselamat dan disimpan serta dibesarkan diIstana Firaun.Akhirnya Firaun ditenggelam oleh allah dilaut merah akibat mengejar nabi musa as bersama kaumnya yang beriman.SPR boleh buat pelbagai undang-undang untuk pihak yang berkenaan tapi hati-hati pemilih(pengundi) adalah berada didalam undang-undang Allah yakni dialah yang menguasai hati manusia termasuk hati pengerusinya.Banyak-banyak takutlah allah hai kawan ku
Post a Comment