

Perdana Menteri mengumumkan ganjaran bernilai RM65,000 seorang kepada pemain dan jurulatih seramai 25 orang dalam majlis meraikan kejayaan skuad Harimau Malaya memenangi Piala Suzuki AFF di Seri Perdana, Semalam.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden FAM, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Haji Musa serta menteri-menteri kabinet.
Ganjaran yang diberikan kepada skuad itu adalah dalam bentuk unit Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW) bernilai RM50 ribu, Insentif Khas Kerajaan sebanyak RM10,000 tunai dan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) daripada Majlis Sukan Negara (MSN) sebanyak RM5,000 tunai.
Ini tidak termasuk ganjaran seperti tanah atau rumah atau wang dari negeri pemain itu datang. Memang lumayan dan orang kata "Memamng rezeki Harimau" dan kebetulan pasukan bola ini pun dinamakan pasukan harimau Malaya.
Unit AWS2020 itu bagaimanapun tidak boleh ditunaikan sehingga 10 tahun kata PM.
Najib turut mengumumkan Kementerian belia dan Sukan juga akan memberi bantuan bernilai RM500,000 kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mempertingkatkan kemudahan gimnasium dan sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya.
Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF Disember lalu setelah mengalahkan Indonesia 4-2 berdasarkan agreget setelah menumpaskan mereka 3-0 di Stadium Bukit Jalil dalam perlawanan pusingan akhir pertama dan tumpas 1-2 pada perlawanan kedua yang diadakan di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta.
“Banyak juga kejayaan dicapai dalam kejohanan lain di peringkat Asia Tenggara dan Asia. Tetapi kejayaan pada Piala Suzuki berbeza kerana ia mencetus satu semangat patriotisma yang luar biasa di kalangan rakyat Malaysia.
No comments:
Post a Comment