Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, January 19, 2011

INGAT BATU SAPI , INGAT CALON BN/ UMNO YANG DIPANDANG SEPI !

Komen : Peluang UMNO lain di Labis dah habis.Apataknya mengambl contoh PRK Parlimen Batu Sapi dicalon isteri kepada bekas penyandang suami yang telah meninggal dunia. Agaknya bila dah besar anak maka calon seterusnya akan turun pada anak pulak? Sama seperti di DUN Tenang, calon dipilih dari anak kepada bekas penyandang yang telah meninggal dunia. nampaknya tiada peluang dan ruang untuk ahli atau pemimpin UMNO yang tiada nama atau keturunan jadi ADUN, Ahli Parlimen atau Menteri.
Kita tidak menolak itu kalau dah berlaku memang dipanggil ketentuan Allah.


Azhar calon BN di Tenang.

Bekas bendahari Pemuda Umno Labis Mohd Azhar Ibrahim diumumkan mewakili BN dalam pilihan raya kecil DUN Tenang hujung bulan ini.
Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di kawasan lapang di belakang Pejabat Umno bahagian Labis, petang ini di hadapan 500 penyokong.
Azhar juga merupakan anak kepada bekas ADUN Tenang yang meninggal dunia sebelum ini.

No comments: