Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Sunday, January 30, 2011

HARAPAN RAKYAT SELANGOR MENANTI DI BANDAR BUKIT SENTOSA & BUKIT BERUNTUNG


Pelaburan TESCO memesatkan pembangunan ekonomi, peluang pekerjaan dan peningkatan nilai hartatanah di Bandar Bukit Sentosa. Bayangkan TESCO Transit betul-betul terletak di sebelah Tol Bukit Beruntung yang telah beroperasi sejak tahun lalu. Kini, TESCO Kompleks perniagaan sedang dibina di Bandar Bukit Sentosa (di tapak Juara Rakyat). Sedangkan TESCO Rawang di batu 16 juga telah mula operasi sejak akhir tahun lepas.
Disamping itu, projek kompleks dan deretan kedai , pejabat dan bank sedang di bina sepanjang laluan antara Tol Bukit Beruntung hingga ke Bandar Bukit Sentosa.



Kemakmoran yang dibawa oleh Kerajaan Selangor di bawah Pentadbiran Pakatan Rakyat terus berkat di mana sebuah Universiti Madinah akan dibina diantara Bukit Beruntung dan Bandar Bukit Sentosa.
Malangnya kelembapan samada sengaja atau tidak sengaja dan kemungkinan kurang percaya pihak bank-bank (kecuali Publi=c Bank) kepada DS Najib melambatkan proses pembelian rumah dan hartatanah di sini. PM harus melobi bukan sahaja melobi di Abu Dhabi tapi di tempat Hulu Selangor PM kena lobi agar bank-bank dan institusi insuran membuka pasaran normal di sini. Jangan disebabkan Negeri Selangor di tadbir Pakatan Rakyat maka usaha sambil lewa saja dilakukan. Yang rugi rakyat Malaysia juga dan dimana semangat 1Malaysia Najib dalam hal ini?
Projek Bas samada bas mini atau van sapu perlu diadakan segera dari Bandar Bukit Sentosa melalui Bukit Sentosa 2, Bukit Sentosa 3 , Bukit Beruntung 3 dan ke Pekan Rasa dan seterusnya ulang alik .
Projek Bandar Kuala Kubu ke 2 patut disegerakan dan kemudahan Balai Bomba dan klinik kesihatan perlu diwujudkan segera di Bukit Sentosa 2.
Jika semua keperluan ini dapat disediakan maka secara langsung penduduk akan bertambah, rumah-rumah akan banyak dibeli , aktiviti ekonomi akan lebih giat dan akhirnya cukai lebih banyak dapat dikutip dan pendapatan majlis akan meningkat dengan cepat dan efektif.

No comments: