Dato Satim Diman dikategorikan sebagai spesis Melayu UMNO yang terakhir dari segi kelayakan minima di mana nama telah diangkat menjadi Ketua Pembangkang diDewan Undangan Negeri Selangor menggantikan Mohd Khir Toyo yang telah melepaskan jawatan itu. Satim juga dikatakan adalah orang yang akan menjadi Menteri Besar Selangor jika BN dapat mengembalikan kuasa mentadbir Negeri Selangor dalam PRU yang akan datang.
Jika benar Satim adalah orang yang akan menjadi MB Selangor jika BN kembali berkuasa tentulah pemilihan beliau itu telah diselidik, dikaji dan diteliti oleh pimpinan tertinggi kita tentang kewajaran memilih beliau sebagai calun Menteri Besar jika BN memenangi pilihanraya umum nanti.
Selangor merupakan negeri yang terkaya dalam Persekutuan kita ini maka untuk mentadbir negeri kaya ini ianya memerlukan pemimpin yang kaya dengan sifat jujur, amanah dan ‘wisdom’ kepimpinan yang tinggi. Kita mesti ingat yang salah satu sebab kenapa Selangor tersungkur didalam pilihanraya dahulu ialah kerana bukti-bukti jelas yang kerajaan pimpinan UMNO sebelum 2008 dahulu adalah kerajaan yang tidak bersih dan kita sudah pun mendengar dan melihat buktinya.
PRU 12 memberi impak yang baik untuk Pakatan rakyat di mana lebih kurang 1.4 juta ahli UMNO meninggalkan UMNO dengan mengundi PR didalam peti undi. Apabila seseorang ahli mengundi dan menyokong parti lain ia bermakna mereka telah meninggalkan UMNO.
Itulah sebabnya menamakan Satim Diman untuk dijadikan MB Selangor jika BN menang mestilah benar-benar pilihan yang betul dan diterima rakyat. Jika Satim adalah nama yang baik bagaimana pula calun-calun yang lain? Kita mesti terima hakikat barisan yang ada didalam UMNO Selangor ini adalah barisan yang amat dicurigai oleh rakyat setiap bangsa. Sesungguhnya dalam UMNO Selangor seperti juga dinegeri-negeri lain tidak ada lagi pemimpin yang boleh diyakini untuk menggantikan pimpinan negeri yang sudah menjadi ‘spent force’ itu.
Ada perbahasa “Tiada rotan akar pun berguna" namun pada teman elok guna kata-kata yang diubahsuai dalam citer Melayu P. Ramlee yang terkenal iaitu "Dapat jadi Hang Kebun, jadilah " Begitulah keadaan UMNO diSelangor…tiada pemimpin yang benar-benar mempunyai pemimpin yang berwibawa.
Namun sekiranya kerajaan negeri PR diSelangor ini menggunakan JKKK dan ahli majlis dengan berkesan maka peluang BN untuk mendekati rakyat secara fisikal adalah amat sukar dan terbatas.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment