Dr Chua Soi Lek perasan bahawa bukan hanya di kawasan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sahaja isu VCD seks nya akan di'pasar'kan malah di mana-mana pun akan ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjejaskan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bekas Ahli Parlimen Labis di mana terletak DUN Tenang tegas mengatakan bahawa peristiwa itu bukanlah sesuatu yang sulit lagi malah ia telah menjadi pengetahuan umum dan sudah tentu tidak memerlukan usaha tenaganya untuk melayani serta menangkis isu tersebut sekiranya di'jaja' semasa kempen PRK Tenang nanti.
Pada awal Januari 2008 Soi Lek telah menggemparkan negara dengan meletakkan jawatan Menteri Kesihatan, semua jawatan dalam parti dan sebagai anggota Parlimen Labis berkuatkuasa serta merta ekoran pengakuan beliau sebagai lelaki dalam VCD seks yang diedarkan sekitar Johor.
Mengenai sokongan masyarakat Cina akan kembali bersama BN di DUN Tenang, Soi Lek yang pernah menjadi Ahli Parlimen di situ berkata, “itu kita tak tahu, kita kena berusaha dan kerja kuat”.
Nampaknya Soi Lek dengan imej hodoh terpaksa menggunakan 6 panglima sebagai umpan menutup isu moral yang akan mencacatkan kempen BN di DUN Tenang.
Soi Lek telah mengumumkan melantik 6 Timbalan Menteri dari MCA sebagai 'bapa angkat' untuk berkempen bagi mendapatkan sokongan pengundi Cina di PRK DUN Tenang, Labis 30 Januari ini.
Enam(6) orang Timbalan Menteri tersebut ialah Datuk Wee Ka Siong (Pelajaran), Datuk Donald Lim Siang Chai (Kewangan), Datuk Lee Chee Leong (Dalam Negeri), Gan Ping Sieu (Belia dan Sukan), Chua Tee Yeong (Pertanian dan Industri Asas Tani), dan Heng Seai Kie (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment