Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, January 24, 2011

DS NAJIB IBARAT ORANG BERKURAP NAK JUAL UBAT KURAP?

SUDAH saya ramal dan katakan Anwar akhirnya menjawab dan terus mencabar Najib untuk berdebat. Anwar terpaksa berbuat demikian kerana sindiran dan penghinaan Najib kepada Anwar untuk menolak perdebatan agak keterlaluan. Najib semasa bercakap depan ribuan orang peneroka yang diangkut dengan bas, lori dan van dan dibayar di Tenang memperli Anwar dengan mengatakan ketua pembangkang itu akan demam kalau berdebat dengannya.

Kata Najib sebagai PM dia tahu segala maklumat mengenai Anwar. Katanya Anwar demam kerana dia mengetahui banyak rahsia peribadi Anwar.

Semalam semasa berkempen di Tenang Anwar menjawab sindiran dan penghinaan Najib ke atasnya dengan mengatakan beliau akan mampu berdepan kalau pun dalam keadaan demam. Kata Anwar dia akan telan penadol asalkan dapat berdebat dengan Najib. Anwar tidak mudah untuk merasa gerum dan kecut perut dengan Najib.

Kata Anwar kini dia tidak kisah topik mana yang Najib setuju berdebat dengannya. Kalau dhaif sangat untuk berdebat mengenai ekonomi Anwar setuju untuk berdebat fasal isu peribadi.

Anwar membuat cabaran itu bila Najib menyimpang dari topik asal untuk ikut sama mengheret isu periabdi. "Pilih mana yang Najib hendak, ekonomi atau peribadi," kata Anwar.

Kalau Najib mempunyai maklumat peribadi mengenainya, kata Anwar dia juga ada maklumat peribadi tentang Najib. Dia mahu tanya dan ceritakan siapa yang merampas isteri orang, siapa yang membunuh Altantuya dan siapa yang ambil rasuah RM500 juta untuk pembelian untuk peralatan perang negara.

Mungkin juga Anwar tahu mengenai tragedi seorang pemimpin yang tertangkap basah dengan seorang artis di Port Dickson Negeri Sembilan. Kalau tidak silap MB Negeri Sembilan ketika itu ada menelefon Anwar mengenai kejadian itu.

Cabaran dan kesanggupan Anwar itu menyebabkan Najib akan terkucil kali ini. Bagi rakyat tidak kira sama ada isu peribadi relevan atau tidak elok kalau mereka berdua duduk atas pentas dan berdebat dan mendedahkan segala yang ada dalam kain kalau itu yang mereka mahu. Tetapi ingat politik membawa kepada peribadi adalah politik kampungan.

Bila Anwar sebut siapa yang rampas isteri orang, ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendengtar cerita sebenar macam mana proses pernikahan Najib dengan Rosmah. Apakah ketika itu Rosmah sudah berstatus janda, sudah habis edah atau tidak. Kalaulah ketika itu Rosmah masih isteri orang, berkahwin sebelum bercerai dan belum lepas edah, macam mana status kedudukan anak Najib dengan Rosmah. Bukankah itu bermakna mereka melahirkan anak haram?

Elok Najib kena jawab dan kena jelas apa yang diutarakan oleh Anwar itu. Kalau Najib tidak menjawabnya menyebabkan persoalan itu bermain dalam kepala orang ramai. Sangatlah malang bagi Najib dan juga nasib rakyat negara ini kalau Perana Menterinya bapa haram! Kita dengar apa pula balas Najib selepas ini!

Seekolknya Najib menjawab dan menjelaskan perkara ini semasa proses kempen pilihan raya kecil ini. Kalau perlu Najib kena tunjukkan surat perkahwinan dengan Rosmah. Bila perkara itu sudah disebut maka hendak tak hendak suka atau tidak suka ia perlu dijelaskan.

Sebenarnya bila Najib menyetuh soal peribadi Anwar ia telah melakukan kesilapan. Tindakan itu seperti menjolok sarang tebuan. Mengenang ini saya teringat kepada kata-kata seorang tua di kampun saya, namanya Munah. Katanya kalau tubuh kita penuh dengan kurap kerapu, jangan sesesekali kita nak menjual ubat kurap dan kerapu! Nampaknya itulah terjadi kepada Najib... baik-baik generasi mudah tidak tahu status perkahwinan beliau dengan Rosmah kini ia sudah 'terkobek'. Meow..
http://msomelayu.blogspot.com/2011/01/ahad-mengahad.html

Baca lagi: http://suwaritimur.blogspot.com/2011/01/benarkah-ds-najib-rampas-isteri-orang.html#ixzz1BvBD7BE9

1 comment:

zul_neem said...

Assalamualaikum

Allah swt telah memberi peluang kepada manusia dan jin untuk berdebat dengannya tentang kebenaran Alquran.Ini semata-mata untuk menghilangkan keraguan dan membuktikan alquran itu dari Allah dan bukan karangan dan penulisan manusia.Nabi Muhammad saw.pun sanggup berdepan dengan kaum musyirikin dan para rahib yahudi dengan berdebat mengeluar hujah akan kebenaran Islam dan ajarannya.Jadi perdebatan ini satu saluran yang mudah untuk mengetengah akan kebenaran berdasar hujah daripada kedua belah pihak yang berhujah akan topik atau perkara yang berkaitan dengannya dan untuk menyelesaikan masalah sesuatu perkara.Perdebatan ini juga adalah pentas politik yang mempunyai sejarah lama dan moden serta diterima pelbagai mazhab politik samaada didunia timur dan barat.Umpamanya dinegara-negara Eropah,benua Amerika dan negara-negara asia seperti Jepun,Korea dan Australia.Hanya di Malaysia, perdebatan ini tidak menjadi pentas politik yang utama akibat berlakunya self interest dari parti politik pemerintah(BN).Hanya media percetakan dan elektronik dijadi lontaran idea dari kedua belah pihak(pembangkang dan pemerintah) untuk berhujah dan menjawab serta membuat penjelasan mengikut rentak semasa.Tapi ini kurang berkesan kerana faktor-faktor undang-undang dan hak kekuatan penguasan media elektronik, tidak memberi satu justificatian dan definitian untuk satu pernilaian yang berkesan khususnya untuk rakyat memahami situasi yang sebenarnya.Oleh itu dari segi ilmu politik perdebatan antara ahli-ahli politik adalah satu kemestian dan pentas yang utama untuk membuktikan sesuatu idea,rancangan,resolusi dan perundangan.Secara debat face to face adalah lumrah diterima oleh ahli-ahli politik yang berwibawa dan berani untuk mengetengahkan dan mempromosi kebenaran pegangan mereka.Apa yang terjadi diberita terkini menjadi malang apabila PM menolak berdebat dengan Ketua pembangkang sedangkan inilah alat yang terbaik untuk membukti akan kebenaran PM dan kerajaannya.Apa yang ditakutkun oleh PM ku yang dihormati.....