komen : Inilah kalau kena batang hidung baru kata macam-macam bila dah terperangkap dengan kawan dan apatahlagi lawan.
Dr khir mengulas penjelasan SUK Kusrin tentang penyerahan pingat beliau adalah arahan Sultan dan tanpa menjawab belia berkata "Inilah yang dikata orang, pokok jika rebah kura-kura pun boleh memanjat. Apa pun saya terima ini semua sebagai lumrah kehidupan"
Dan bila dibongkar oleh Kerajaan Selangor tentang projek rundingterus bernilai RM273juta beliau menulis begini :-
Menyerang Si Buta Yang Tidak Bertongkat
1. Buat masa ini saya tidak akan menjawab kenyataan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor mengenai pemberian projek - projek kepada Shamsudin Hayroni kerana ia boleh menjadi subjudis kepada kes saya yang akan dibicarakan pada bulan Jun nanti.
2. Ini merupakan kali pertama saya tidak menjawab sebarang tuduhan yang dilemparkan kepada saya kerana telah terikat dengan kes Mahkamah dan mengelakkan sebarang keadaan yang boleh menjejaskan pembelaan saya.
3. Sebenarnya jika kerajaan negeri ikhlas untuk membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti yang didakwa oleh Faekah, mereka sewajarnya memberi senarai tersebut kepada badan tersebut.
4. Jika mahu mencari kebenaran mereka sepatutnya mendedahkan berbulan yang lalu agar saya dapat menjawabnya bukannya sekarang ketika mana mereka tahu saya terpaksa mendiamkan diri. Ini merupakan tindakan bacul dan tidak bermaruah kerajaan negeri Selangor.
5. Serangan Pejabat Menteri Besar Selangor ke atas saya kali ini tidak lebih cuba menunjuk jaguh kepada orang buta. Itu sahajalah kemampuan kerajaan yang penuh dengan kacau bilau, pembohongan dan pendustaan.
Posted by Dr Mohamad Khir Toyo
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment