Hutang rumah penduduk Bakun akan dibatalkan.
Komen : Sedapnya DS Najib lupuskan hutang perumahan RM41juta, Kalau syarikat perumahan itu syarikat beliausendiri bolehlah tapi kalau wang kerajaan maka memmang tidak patas atau tidak wajar dibuat begitu. Kita dah dengar macammana pinjaman TEKUN dan pegawai MARA suatu masa dulu berkata pada peminjam bahawa pinjaman tu tak bayar pun tak aper kerana duit rakyat jadi apa perlu bayar balik. Jadi, pengurusan hutang perlu ditangani dengan bijak bukan kerana nak undi rakyat sanggup keluar bajet berlebihan tanpa had,
Kerajaan Pusat bersetuju secara prinsip untuk membatalkan baki pembayaran hutang perumahan bernilai kira-kira RM41 juta yang terpaksa ditanggung kira-kira 1,500 keluarga yang dipindahkan berikutan pelaksanaan projek hidro elektrik Bakun di Belaga.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata penduduk terlibat yang kini tinggal di Skim Penempatan Semula Sungai Asap di Belaga mempunyai asas kukuh untuk mendapat bantuan sedemikian.
Berucap dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di rumah panjang Uma Belor di skim penempatan itu, beliau berkata penduduk terlibat telah mengorbankan tanah pusaka mereka demi untuk membolehkan pembinaan empangan Bakun itu diteruskan setelah tergendala di antara 1997 dan 1998.
Katanya mereka juga belum lagi dapat mengecapi nikmat dari pelaksanaan projek Bakun ini dan kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan yang tetap.
"Kita bersimpati dengan mereka dan akan mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk pelaksanaan bantuan ini,” katanya.
Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM22 juta bagi menghubungkan kawasan penempatan itu dengan grid bekalan elektrik utama negeri ini.
Beliau turut menyampaikan cek bernilai RM1.14 juta kepada Dewan Perdagangan dan Industri Dayak sebagai memulakan dana untuk melatih 3,300 belia Dayak dalam bidang kemahiran industri.
Najib tururt menyampaikan bantuan dari 1Malaysia Development Bhd bernilai RM900,000 untuk pembinaan rumah persinggahan atau “Rumah Arau” bagi sembilan buah sekolah di daerah Belaga selain bantuan kewangan untuk persekolahan 150 orang pelajar miskin di kawasan itu.
Sebelum itu, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata keseluruhan kos sewa beli rumah yang terpaksa ditanggung penduduk terbabit adalah kira-kira RM82 juta dan kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyerap separuh daripada kos itu.
Saranan Taib untuk memperluaskan lagi zon pertanian di kawasan penempatan semula itu turut disokong Najib sebagai satu lagi usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduknya.
- Bernama
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment