Jangan tercengang kehadiran 2 orang bangang siperasuah besar UMNO dan si pelakon video luchah terhormat MCA. Nampaknya bekas pelakon video lucah merangkap Presiden MCA akan berkempen cara King Ping.
Tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek cuba menimbulkan isu agama di Tenang membuktikan BN terdesak dan takut dengan penampilan calon PAS yang meyakinkan rakyat, kata Pengarah Pilihan Raya Kecil PAS Tenang, Salahuddin Ayub.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Soi Lek yang mempersenda penampilan calon PAS, Normala Sudirman dengan menyamakan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang tidak bersalam dengan lelaki dan memakai sarung tangan ketika menghadiri program bersama rakyat.
Soi Lek juga mengandaikan Normala tidak akan pergi ke rumah-rumah ibadat bukan Islam dan bertemu dengan masyarakat bukan Islam.
"Serangan peribadi ini sengaja dilakukan oleh Soi Lek yang takut dengan calon kita dan dia cuba bermain isu agama sebenarnya.
"Ini menunjukkan bahawa Chua Soi Lek cukup terdesak dengan penampilan calon kita yang meyakinkan dan isu-isu yang dibangkitkan itu adalah isu remeh," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Naib Presiden PAS itu juga berkata, masyarakat bukan Islam sudah dapat menerima ajaran Islam yang melarang wanitanya bersalaman dengan lelaki bukan mahram.
"Ini etika yang diterima pakai oleh budaya masyarakat Malaysia dan tak ada masalah bagi orang Cina dan India bila muslimat PAS tidak bersalam dengan bukan mahram.
"Jadi ini bukan isu tetapi menunjukkan sikap terdesak Soi Lek," katanya.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment