Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, May 12, 2010

NASIB BAIK POLIS TAK PAKAI PISTOL !

Kisah Polis 1
Tadi pagi aku dan family pergi perak lepas tu masa nak balik semula ke pulau pinang tetiba ade 1 roadblock kat lebuh raya ayah aku kata “adoi…dah la nak terberak ni ada plak roadblock? Kalau polis tahan sah babah berak depan polis tu jugak!!” sebab masa tu bapak aku nak terberak keracunan makanan pagi tadi lepas tu bapak aku kata “Ha! Nick bila tengok roadblock ni hang nak dengaq cerita pasal roadblock tak?” aku kata “boleh gak cerita apa?” ayah aku kata“Ni cerita kawan babah dulu dia cerita masa tu dia nak terberak jugak lepas tu polis plak mai tahan? Polis buat pemeriksaan lesen kawan babah berhenti kereta terus dia keluar lari kat semak? Apa lagi polis kejaqlah ingat dia perompak ka tapi kawan babah tu sempat pi masuk dalam semak? Lepas polis tengok dia diam tak bergerak ada 2orang polis lompat terkam nak tangkap! Sekali polis 2 orang tu lompat masuk semak habis semua baju bau taik! Sebab masa tu kawan babah tu tengah berak! Haha kesian polis 2orang tu! Ni kawan babah cerita dulu” aku,mak dan kakak aku punya gelak sampai mengair mata.

Kisah Polis 2
Lepas tu bapak aku kata "ada cerita kedua ni cerita kawan babah jugak hangpa nak dengaq lagi ni cerita orang lain plak bukan orang yang sama dia kena roadblock polis nak buat pemeriksaan masa polis tu tahan kawan babah la masa kena tahan tu kawan babah tak bawak lesen kot? Polis saman RM100 kalau tak silap? Lepas tu kawan babah kata “kalau pukul polis sekali kena berapa?” polis tu kata “kalau pukul polis kena saman RM30 kenapa?” tiba-tiba kawan babah tu tumbuk polis kat muka sekali,tumbuk perut sekali dan sepak punggung polis sekali lepas polis tu rebah selamba kawan babah tu bagi kat polis tu RM90 dia kata save RM10 lepas duit nak isi minyak dan terus dia blah macam tu ja” kami gelak lagi sekali! Bila sampai bila depan roadbloack tu bapak aku bagi lesen polis check kitorang dok tahan gelak masa tu bila polis tu kasi lesen bapak aku balik kitorang pun pergi jadi

Nasihat Teman : Jangan tiru kisah ni, buatnya Polis tertembak sedang terberak ,haru biru.

DS NAJIB TERKEJUT PADA 28 JUN 2008


Saiful memang wonderful , aduannya terus ke TPM dan bercakap dengan Ketua Polis Negara.

Saiful: Najib terkejut dengan pendedahan saya
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendengar keterangan saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung pertemuannya dengan timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada 24 Jun, 2008.

Pertemuan itu diadakan dua hari sebelum Saiful mendakwa yang dia diliwat oleh ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam keterangannya selama sejam pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, Saiful juga memberi butiran berhubung pertemuannya dengan ACP Rodhwan Mohd Yusof (sekarang SAC 1) dan kemudiannya dia membuat panggilan telefon kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sehari sebelum kejadian berkenaan.

Saiful juga menceritakan pertemuannya dengan bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor (kanan) (sekarang ini Senator) di Rawang, sehari selepas kejadian berlaku ( 27 Jun) bagi mengadu kepadanya berhubung “penganiyaan” oleh by Anwar.

Kedua-dua Rodhwan dan Musa, adalah 'watak utama' semasa perbicaraan Anwar pada 1998 yang menyaksikan ketua umum PKR itu dipenjarakan. Anwar kemudiannya dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan.

Disoal-siasat oleh peguambela utama, Karpal Singh setelah permohonannya agar prosiding ditangguhkan ditolak, Saiful berkata dia dibawa ke kediaman persendirian Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur oleh pembantu khas timbalan perdana menteri itu, Khairil Anas.

“Saya pergi ke rumah Khairil Anas bagi mengadu perkara itu. Dia kemudiannya memutuskan untuk membwa saya berjumpa dengan Najib di rumahnya di Taman Duta,” kata Saiful.

Saiful juga pernah mendakwa selain diliwat pada 26 Jun 2008, dia juga beberapa kali telah diliwat pada tarikh lain oleh Anwar.

Menurut Saiful, mereka tiba di rumah Najib selepas solat Maghrib, lebih kurang jam 8 malam dan dia menghabiskan kira-kira 20-30 minit menceritakan masalahnya itu kepada timbalan presiden Umno itu.

“Najib (kiri) terperanjat dengan pendedahan tentang apa yang berlaku (insiden Saiful diliwat Anwar),” katanya sambil menambah perbincangan malam itu membabitkan dirinya, Khairil dan Najib.

Ditanya Karpal sama ada Najib menawarkan sebarang nasihat, Saiful menjawab - tidak.

Saiful juga memberitahu mahkamah sebelum pulang dia ada terjumpa isteriNajib, Datin Seri Rosmah Mansor tetapi tidak berjumpa secara peribadi.

ABU BAKAR HUSSAIN 62 CAMPUR LOTONG, KERA & BINATANG LAIN JUMLAHNYA 61

Cerita tipu ‘61 PAS masuk Umno’

ZULKIFLI YAHAYA

Selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Setar saya dihujani pertanyaan bertalu-talu mengenai berita berikut:

ALOR SETAR 11 Mei – Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.
Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.

Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli Pas itu di negeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat para pemimpin Pas.

Di samping berita tersebut disiarkan di akhbar-akhbar primitif pro BN, ia juga dilaporkan dalam siaran berita. Cuma sejak akhir-akhir saya agak renggang dengan berita tv sebab pembohongannya berkali ganda dari lalu.

Beberapa fakta tidak betul dalam laporan tersebut. Antara disebut: Pas dalam Bahagian Alor Setar sebenarnya tiada ‘Bahagian’ dalam Pas. Jawatan Timbalan Ketua Pas Cawangan juga tiada dalam Pas. Satu lagi disebut Cawangan Akar Penyengat, tiada kampung dalam kawasan Alor Setar bernama Akar Penyengat. Yang ada Akar Peluru, tapi Akar Peluru tiada cawangan Pas. Laporan oleh media primitif BN itu sangat bercelaru. Maklumlah sebuah laporan bohong, jadi pembohongan pun bertali temali.

Saya terfikir barangkali yang dimaksudkan Akar Penyengat ialah Alor Penyengat, lalu saya menghubungi seorang aktivis PAS di Kampung Alor Penyengat untuk mendapat penjelasan. Rupanya betul Abu Bakar Hussain adalah bekas ahli biasa Pas cawangan tersebut. Dia bukan orang penting, ada pun tak genap, tiada pun tak kurang. Cuma dia seorang sahaja bekas ahli PAS yang sertai Umno di kalangan 61 orang yang dilaporkan itu. Manakala 60 orang lagi tu mungkin depa kira sekali dengan kera, lutong, mengkarong, pokka, merang dan jebon. Sebenarnya ada sebab orang tua tu masuk Umno tapi malaslah nak cerita kat sini, satgi nampak macam dia tu besag sangat. Cukuplah aku kata orang tua ni jenis ‘cari makan’ jugak, aqidah pun longgaq, ada habuan sikit pejam mata pii lah, balaihhh. Cuma kesianlah nak hidup pun tak berapa hari dah, silap haribulan mati dalam parti tong taik tu..lantak pii lah hang yang pi cari.

Media mereka laporkan cuma 61 orang ‘keluar parti’. Sikit sangat. Sepatutnya laporkan 600 orang baru berbaloi nak bohong. Macam di Kulim kelmarin dulu kononnya 1700 orang PKR India masuk MIC, walhal ahli PKR India di cabang (bahagian) tersebut tak sampai pun 500 orang. Sekali lagi depa kira dengan berok, ular, bewak, tenggiling, katak dan menatang gemuk pendek hak dok serondoi tu. Kalau orang yang masuk MIC tak sampai banyak tu. Yang terima borang tu pulak Dato’ Mat Bashah. Bila pulak dia jadi Pengerusi MIC Kedah? Walaupun memang dia layak jadi ahli MIC tapi kenalah keluaq Umno dulu baru boleh masuk MIC.

Sebenarnya ‘bakal MB Kedah’ Dato’ Mat Bashah berada dalam keadaan tertekan sekarang ni apabila ramai ahli Umno Bahagian Alor Setar keluar parti dan masuk PAS. Di Taman Wira hari tu 65 orang masuk PAS (diketuai oleh JKKP Pak Pin) dan berikutnya di Alor Mengkudu 55 orang lagi Umno masuk PAS (diketuai oleh Naib Ketua Umno cawangan Alor Keriang).

InsyaAllah 28 Mei ini bertempat di Taman Wira Mergong akan ada lagi majlis penyerahan borang Umno masuk PAS. Siapa ketuanya..tunggu dan lihat. Pasti mengejutkan! Kita rodak habis-habisan untuk pastikan PRU ke 13 nanti BN tertungging kat Bakar Bata… di samping tertiarap juga kat Pusat.

HUKUM BLOGGER ISLAM,PEMIMPIN ISLAM , RAKYAT ISLAM YANG TIDAK BANTAH LESEN JUDI BOLA DILULUS TIMBALAN MENTERI KEWANGAN BARISAN NASIONAL ?

Untuk pengetahuan pembaca yang buat-buat tak tahu tentang siapakan Menteri Kewangan Malaysia ? Beliau ialah Perdana Menteri (PM) Malaysia yang merangkap Pengerusi Barisan Nasional dan Pengerusi Parti UMNO yang dikatakan berugama Islam dan melaksanakan hukum Islam.Timbalan Meneteri Kewangannya ialah Awang Adek si kaki bodek.Mentang-mentang dikutip balik bila kalah dalam pilihanraya ke 12, nak bayar budi la tu sampai yang haram pun beliau hentam tak kira puti atau hitam.
Najib dengan sengkokol yahudi patutlah sokong judi, almaklumlahlah cucu Yayasan Noah yang kaya dengan tuuuut...

Pendedahan akhbar Berita Harian 5 Mei 2010 berhubung laporan sebuah laman web pro Amerika-Israel mengesahkan bahawa Malaysia kini telah berada dalam blok negara yang menjadi sekutu Amerika Syarikat dan negara haram Israel.
Mengulas isu tersebut, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata sebelum ini Umno-BN menunding jari kepada beliau kononnya beliau boneka dan alat rejim Israel.
Terjemahan: Di dalam sebuah laporan bertarikh 26 May 2006, Mayban Securities menganggarkan nilai judi sah di Malaysia adalah RM850juta sehari. Perjudian haram pula dianggarkan dengan jumlah yang sama. Ini menjadikan jumlah nilai aktiviti judi di Malaysia kepada RM1.7 billion sehari.
Kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan. Menurut akhbar harian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan Berjaya. Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan itu bermula pada 11 Jun ini.
Tahniah Kerajaan Malaysia yang diperintah UmnoApco. Tahniah juga Mufti Haru Sana-sini yang buat dono aje dengan kelulusan judi ini. Tahniah juga buat Ibrahim Ali kerana saham judi kau dalam Ascot Sports akan menjadi Halal.