Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, March 30, 2010

BEKAS MB UMNO LAWAN ARUS TAK SETUJU CALON DARI UMNO DI HULU SELANGOR


Sudah terdapat suara-suara akar umbi yang meminta BN meletakkan calon dari UMNO setelah sekian lama berada di bawah parti komponen MIC. Ini berikutan jumlah pengundi Melayu di Parlimen tersebut sebanyak lebih kurang 53.9 peratus, Cina (26.7), India (19) dan lain-lain (0.4).
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Dr Zainal memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 198 undi. Zainal Abidin mendapat 23,177 undi manakala Datuk G. Palanivel dari BN mendapat 22,979 undi.
Parlimen Hulu Selangor menyaksikan undi rosak antara tertinggi di seluruh negara iaitu sebanyak 1, 466 undi. Ramai yang menganggap ia merupakan undi protes terhadap isu tempatan kerana BN memenangi ketiga-tiga kerusi DUN dalam Parlimen tersebut.

6. Sungguhpun ada permintaan UMNO untuk meletakkan calon, namun Mohamad Khir Toyo fikir ia tidak wajar dipertimbangkan. Ini memandangkan kawasan tersebut diberi kepada MIC dalam konsep persefahaman dan perkongsian kuasa antara kaum.
Pada beliau memang tiada siapa pun mahu kalah. Namun apa erti kemenangan jika prinsip ikatan persefahaman antara kaum yang dibina sejak 1957 dimusnahkan begitu sahaja hanya kerana mahu menang satu kerusi.
Beliau (Khir Toyo)percaya jika BN berpegang kepada prinsip ikatan antara kaum ini, pengundi akan memberi kemenangan seperti mana dalam pilihan raya kecil Ijok tahun 2007. Sungguhpun menentang calon "heavyweight" seperti Tan Sri Khalid Ibrahim, Cikgu Parthiban wakil BN dari MIC tetap menang di kawasan majoriti Melayu.
Beliau mengambil contoh dalam pilihan raya kecil Parlimen Ampang Jaya pada 1989, calon Semangat 46 ketika itu ialah bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris. Sungguhpun ia merupakan kawasan majoriti Melayu dan berhadapan dengan sentimen pengundi Melayu mahukan wakil rakyat Melayu, namun BN tetap mempertahankan ikatan kesatuan antara kaum dengan mencalonkan calon MCA, YB Ong Tee Keat. Dan BN tetap mendapat sokongan majoriti termasuk di kalangan pengundi Melayu.
Mohamad Khir Toyo tetap berpendapat BN harus meletakkan calon dari komponen MIC. Namun calon yang dipilih bukan sahaja popular di kalangan pengundi India tetapi harus juga berupaya meyakinkan pengundi Melayu dan Cina bahawa mereka juga akan mendapat perkhidmatan yang terbaik daripadanya.
Pada beliau tidak wajar meletak calon UMNO dalam kawasan yang sememangnya kerusi MIC dan juga tidak molek jika berpegang kepada konsep penyatuan 1 Malaysia. Pertahankan konsep permuafakatan BN demi kesejahteraan negara.

INILAH GELARAN KITA AKAN DAPAT SECARA AUTOMATIK SELEPAS KITA MATI


Nauzubillah ...Mudah-mudahan kita tidak mati begini (gambar hiasan)
Gelaran Bagi Si Mati

Gelaran bagi si mati, seperti Allahyarham, almarhum dan sebagainya, merupakan gelaran-gelaran yang sangat sinonim di dalam masyarakat kita. Terdapat juga beberapa gelaran yang kita gunakan ke atas para ulama', seperti asy-syahid, al-hafiz dan sebagainya. Pada kali ini, terdapat beberapa komen berkenaan gelaran-gelaran ini, sama ada boleh digunapakai, atau ada gelaran lain yang lebih sesuai kita gunakan. Maka dengan itu, ada kupasan satu demi satu mengenai topik ini.


1. Allahyarham & Allahyarhamah
Merupakan sebaik-baik gelaran yang kita gunakan. Allahyarham bermaksud 'Allah merahmatinya', atau secara teknikalnya 'mudah-mudahan Allah merahmati rohnya'. Adapun gelaran allahyarhamah,' maka ia merupakan gelaran yang didapati amat lucu sekali.

Ini kerana, perkataan Allahyarham itu adalah kata kerja, maka mana mungkin kata kerja kita berikan sifat lelaki dan wanita? Dengan mengatakan allahyarhamah, samalah seperti kita mengatakan 'Muhammad menulis', dan 'Aisyah menulisah'. Atau 'Ali pergi ke kedai,' dan 'Fatimah pergiah ke kedai'.


2. Almarhum
Merupakan gelaran yang tidak berapa sesuai kita gunakan ke atas si mati. Ini kerana al-marhum bermaksud 'dia telah mendapat rahmat Allah', atau teknikalnya, 'secara pasti Allah telah merahmatinya', sedangkan hak mutlak untuk merahmati atau menyeksa seseorang insan bukanlah hak kita.

Itu adalah hak Allah semata-mata, jika Dia hendak merahmatinya, Dia akan merahmatinya dan jika Dia berkehendak untuk menyeksanya, Dia akan menyeksanya sebagaimana yang Dia mahu. Kerana itu dikatakan, gelaran Allahyarham adalah yang terbaik, kerana ini adalah merupakan doa kita, 'mudah-mudahan Allah akan merahmatinya.'

Perlu diingatkan juga bahawa gelaran ini merupakan gelaran yang tidak berapa disukai oleh ahli hadis. Adapun gelaran yang menunjukkan seseorang itu pasti mendapat rahmat, hanyalah gelaran yang kita guna pakai ke atas:
i) Para Rasul
ii) Sahabat Rasulullah S.A.W


3. Arwah
Seperti yang selalu digunakan, 'arwah aki', 'arwah atuk' dan sebagainya. Ingin dinyatakan di sini bahawa, perkataan arwah itu merupakan kata jama' ataupun plural bagi 'roh'. Maka apabila kita katakan contohnya 'arwah aki', bermaksud 'roh-roh aki'. Jelas itu tidak bertepatan dengan maksud yang ingin kita gunakan.


4. Asy-Syahid
Gelaran yang kerap digunakan ke atas para ulama' yang kita anggap mati syahid di jalan Allah. Sebagaimana yang dinyatakan seperti di atas, gelaran yang berupa bentuk 'secara pasti' ini, di dalam erti kata ini, 'secara pasti dia telah mati syahid', merupakan gelaran yang tidak berapa disukai oleh para ahli hadis. Ini kerana kata mereka, benar sekali kita mengharapkan bahawa beliau (si mati) mati syahid, namun untuk mengatakan secara pasti, secara mutlak bahawa dia mati syahid, itu bukanlah hak dari kita, malahan itu juga hak Allah semata-mata.

Ini kerana walaupun pada mata kasar kita dia mati syahid, namun isi hatinya yang sebenar di saat kematiannya dan juga niatnya ketika mati merupakan pengetahuan Allah semata-mata, tiada satu pun dari makhluk Nya yang tahu secara mutlak akan isi hati makhluk yang lain.


5. Rahimahullahu ta'ala
Seperti yang selalu digunakan 'Imam Abu Hanifah Rahimahullah', 'Imam Malik rahimahullah' dan seterusnya. Gelaran ini merupakan setaraf dengan 'Allahyarham', cuma saja didatangkan dalam bentuk perkataan yang lain sedikit. Ertinya juga sama, iaitu 'Allah merahmatinya', atau teknikalnya 'mudah-mudahan Allah merahmatinya'.


6. Alaihis salaam
Merupakan gelaran yang khas bagi para nabi dan rasul dan gelaran ini bermaksud 'kesejahteraan ke atasnya'. Ini merupakan pegangan ahli sunnah wal jamaah, bilamana menyebut mana-mana nabi dan rasul, disertakan dengan ungkapan alaihis salaam.

Adapun puak Syiah Imamiah akan menyebut perkataan ini setiap kali mereka menyebut nama imam-imam mereka, seperti Ja'far as-Saadiq alaihissalaam dan sebagainya. Ini kerana mereka menganggap imam-imam mereka bersifat maksum, yang mana pegangan ini bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah yang sahih.


7. Radiyallahu 'anhu
Gelaran yang khas kita gunakan kepada para sahabat baginda Rasulullah S.A.W. Gelaran ini bermaksud 'Allah telah redha kepada mereka (untuk mereka masuk syurga)', atau dengan kata lain, syurga itu merupakan janji Allah kepada mereka, di atas keimanan dan pertolongan mereka ke atas Nabi akhir zaman, nabi Muhammad S.A.W.


8. Al-Hafiz
Ini bukanlah merupakan gelaran yang digunakan bagi si mati, cuma sahaja ia dimasukkan bersama untuk menilai serba sedikit konteks penggunaannya.

Dalam masyarakat kita, al-hafiz digunakan bagi mereka yang menghafal Al-Quran secara keseluruhannya. Penggunaannya tidaklah salah, jika demikian itu kefahaman orang ramai. Pada hakikatnya, al-hafiz merupakan gelaran kepada mereka yang menghafal 300,000 hadis berserta sanadnya, sebagaimana halnya dengan Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Katsir, Ibnu Hajar dan seterusnya. Ini merupakan penggunaan gelaran al-hafiz yang tepat di dalam buku-buku akademik.



Sesungguhnya, gelaran-gelaran yang kita gunakan ini, mempunyai maksud-maksud yang tersendiri yang mana, jika dilihat secara teliti, ada mengandungi unsur akidah di dalamnya. Sebagaimana di dalam penggunaan 'almarhum', itu berkait rapat dengan hak Allah dan juga batas hak kita sebagai manusia yang menentukan siapakah yang mendapat rahmat dan siapa pula yang mendapat azab seksa Allah.

Mudah-mudahan selepas ini, kita akan menggunakan gelaran yang berpatutan kepada si mati kerana gelaran yang patut itu, bukan sahaja sesuai dengan akidah Muslim kita, malahan ia juga merupakan doa yang baik bagi si mati, terutamanya mereka yang kita kasihi.


Wallahua'lam
sumber: Majalah i edisi Mac 2010, Bil.89
ditulis oleh: Mohd Azri Mohd Nasaruddin

BILA OKT TERPELANTING, OTK TERSIAT NAMUN ADAKAH PELUANG CSL JADI MENTERI ?

Datuk Chua soi Lek (CSL) telah membuat kejutan dengan menewaskan dua calon pilihan presiden MCA. Pastinya Datuk Ong Ka Ting (OKT) yang terpelanting walau tak melenting dan Datuk Ong Tee Kiat (OTK) seperti disiat-siat kerana teruk dapat undi sedemikian teruk akan tidak lena tidur memikirkan kekalahan mereka tempohari.

Secara tradisi, presiden MCA akan dilantik sebagai menteri bagi mewakili kuota komponen BN dalam kabinet 1Malaysia.
Beranikah DS Najib mengugurkan Ong Tee Keat dan diberi jawatan tersebut kepada Chua Soi Lek? Kemungkinan itu hampir pasti tetapi DS Najib perlu fikirkan perasaan pengundi di Hulu Selangor yang menyokong Ong Tee Kiat.
Walaupun CSL memang dah rosak moral namun Ong Tee Keat juga akan dicop tidak bermoral jika cuba mengekalkan jawatan menteri yang disandang sekarang kerana perlantikan beliau adalah atas kapisiti sebagai presiden MCA. Adalah lebih bermoral dan akan mengangkat imejnya jika beliau meletak jawatan sebagai menteri secara terhormat sebelum beliau terpaksa digugurkan dari kabinet.

Pening juga DS Najib kalau Chua soi Lek dilantik sebagai menteri, apakah jawatan yang paling sesuai untuk beliau? Ini yang memeningkan DS Najib kerana sebelum ini walaupun CSL adalah timbalan Presiden MCA tetapi DS Najib buat dek saja tanpa melantiknya sebagai menteri .
Sekarang dah CSL dah jadi Presiden MCA maka sudah tentu ada jawatan Menteri Penuh untuk beliau,jika tidak malulah MCA mempunyai Presiden tanpa jawatan menteri.

KENAPA FELDA SEGAN MENGAMBIL PEKERJA DI KALANGAN ANAK PENEROKA GENERASI KE 2?


Komen : Teman lihat dan kaji pembentangan kes pekerja asing Timbalan Menteri di Jabatan Menteri tidak bersungguh malah tidak disentuh berkenaan pengambilan pekerja ladang dari anak peneroka FELDA sendiri dan rakyat Malaysia yang tinggal berdekatan ladang FELDA terlibat.Adakah mereka iaitu FELDA takut anak peneroka generasi FELDA ini akan tahu mengendalikan dan mentadbir ladang orang tua mereka.Sedemikian dalam jangka masa panjang ladang membekal sawit dan projek mengekalkan penguasaan FELDA akan berkurangan dan lama kelamaan akan pupus dalam pentadbiran FELDA.

Dewan Rakyat: Pekerja Asing Di FELDA Miliki Permit Kerja Yang Sah
Kesemua pekerja asing yang digaji oleh Felda mempunyai permit kerja yang sah sepanjang tempoh perkhidmatan mereka dengan agensi tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata sehingga Disember 2009, Felda mempunyai sejumlah 36,339 tenaga buruh asing yang berdaftar terdiri daripada warga Indonesia (25,320), Bangladesh (10,564), Thailand (192) dan Filipina (263).

"Ahli Yang Berhormat dimaklumkan, setiap pekerja yang dibawa masuk dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan Fomema untuk mengesahkan mereka benar-benar sihat, tidak berpenyakit dan sesuai untuk bekerja sebagai pekerja ladang di ladang-ladang Kumpulan Felda.

"Bagi pekerja yang disahkan gagal dalam pemeriksaan kesihatan (Fomema) mereka akan dihantar pulang ke negara asal secara rasmi," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Che Uda Che Nik (PAS-Sik).

Che Uda mahu Perdana Menteri menyatakan sikap kontraktor-kontraktor bagi Felda dan Felcra yang didapati amat tidak bertanggungjawab apabila menjadi pengguna utama pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini sebagai buruh kerja kontrak mereka.

Beliau yang mendakwa PATI ini menjadi agen pembawa penyakit berjangkit seperti malaria, chikungunya dan sebagainya, juga mahu tahu mengapa hal ini berlaku serta apakah tindakan kementerian untuk mengatasinya.

Ahmad berkata pihak Felda sentiasa memantau kesihatan buruh asing berkenaan dan sepanjang tahun 2009, seramai 180 orang telah dihantar pulang ke negara asal setelah disahkan gagal dalam pemeriksaan kesihatan yang terdiri daripada pekerja Bangladesh (99) dan Indonesia (81).

Katanya, sejak tahun 1990-an Felda telah menggunakan khidmat buruh asing bagi menggantikan tenaga buruh peneroka yang sedia ada.

"Ini disebabkan keadaan peneroka pada masa kini yang sudah berusia dan tidak berupaya untuk mengerjakan kebun dengan sendiri selain keadaan pokok kelapa sawit yang telah tinggi dan menyukarkan mereka melaksanakan kerja seperti menuai, menoreh, kerja-kerja am dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata kerajaan memilih untuk menggunakan khidmat tenaga buruh asing dari negara jiran seperti Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Filipina.

Katanya lagi, fokus diberikan kepada negara-negara yang berhampiran dengan Malaysia bagi memudahkan pengangkutan selain kadar upah yang murah sekaligus dapat menjimatkan kos upah pekerja.

TOK SIDANG YANG DIDAKWA PERKOSA NI DAH AHLI PERKASA KE?

Komen : Ish..ishh..ish , kat tempat lahir teman pula Tok sidang ni buat hal.
Orang begini Syahrizat tukang makan elaun rakyat kena pantau.Bukan dah lahir anak tanpa ayah sah baru sibuk nak jaga ,nak pujuk mangsa dan nak buat rumah khas utk anak kes ini.


Seorang wanita mendakwa ditipu seorang lelaki berjawatan Tok Sidang di sebuah kampung sebelum diperkosa.

Mangsa, seorang ahli perniagaan berusia 31 tahun mendakwa, perkenalan mereka bermula November tahun lalu hingga dia dikatakan melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri kepada suami dan ibu kepada anak-anaknya.

Sejak itu katanya, mereka sering keluar bersama hingga berlanjutan ke sebuah hotel di Teluk Intan, Perak sebelum dirogol lelaki berkenaan.

Wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Teluk Intan pada 25 Mac lalu sebelum membuat satu lagi laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam pada 27 Mac setelah diugut seorang lelaki yang tidak dikenali menyuruhnya menarik balik laporan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Musha Mohamad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan, bagaimanapun beliau berkata, kes berkenaan telah diserahkan kepada polis Teluk Intan untuk siasatan lanjut.

“Suami wanita berkenaan ada membuat laporan berhubung panggilan telefon yang diterima daripada seorang lelaki yang dipercayai rapat dengan suspek berkenaan.

“Kita telah memanggil kedua-dua mereka dan keterangan mereka turut diambil untuk membantu siasatan,” katanya.

PENGUNDI HULU SELANGOR MASIH NAK UNDI PARTI BARISAN NASIONAL?

Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia diterajui Kerajaan Barisan Nasional adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3.

sumber: harakahdaily

GARA-GARA 'RAHMAT KE 2' YAHYA KATIB MOHAMAD



Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional (BN) Di Terengganu Runtuh

KUALA TERENGGANU – Ketika menggulung perbahasan Bajet 2010 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahya Khatib Mohamad telah berkata beliau bersyukur kerana kejadian bangunan runtuh merupakan satu rahmat kepada rakyat Terengganu.

Hari ini, 29 Mac 2010, genap 96 hari, Yahya mengucapkan kata-kata itu, runtuh pula sebuah lagi bangunan dalam pembinaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Tingkat ke empat bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika (INOS-AKUATROP), tanpa ribut, taufan dan gegaran, runtuh pada jam 5.15 petang.

Pengarah Bomba Terengganu Mohd Fauzan Ahmad http://buletinonline.net/images/stories/berita23/audio.gif merasakan, punca kejadian runtuh adalah kegagalan perancah (scaffolding) bagi menyokong struktur tersebut , menyebabkan lantai tingkat empat yang sedang di konkrit runtuh.

”Kita percaya kemalangan ini semasa kerja-kerja konkrit ‘slack’ (lantai) (di)tingkat sedang dilakukan,

“Kejadian ini berlaku, saya rasakan, puncanya adalah, kegagalan perancah yang ada, bagi menyokong (struktur) tersebut, telah gagal dan menyebabkan runtuh,

“‘slack’…….apa ni……di tingkat empat dan kerja-kerja melantai yang sedang dijalankan di tingkat empat…..,”katanya kepada media ditempat kejadian.

Menurut Fauzan, pada ketika kejadian berlaku, terdapat lapan orang sedang bekerja, tiga tidak terlibat dalam kemalangan dan lima yang lain terlibat.

Katanya, kesemua empat pekerja warga Bangladesh yang cedera parah dan seorang yang maut dibawah timbunan besi dan tetulang serta konkrit, berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada jam 6.45 petang.

Yang menghairankan, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said sampai di tempat kejadian sekitar 6.55 petang tiba-tiba memberi komen, kejadian berlaku adalah kerana kecuaian pekerja-pekerja berkenaan.

Kemalangan Yang kebetulan
- Apalah malangnya kerajaan Umno/BN Terengganu !

Kejadian runtuh Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang, yang membawa kepada ucapan ‘tersohor’ Yahya Khatib diatas, berlaku sehari sebelum Sidang DUN Bajet yang bermula 22 Disember, 2009.

Jelas, ia adalah suatu kebetulan dan ketentuan dari Allah SWT, memberikan ruang dan isyarat kepada seluruh rakyat Terengganu untuk mengetahui, ada sesuatu yang tidak kena yang sedang berlaku dalam pentadbiran kerajaan masakini.

Kejadian runtuh bangunan INOS-AKUATROP UMT pada kali ini pula, berlaku lima hari sebelum Mesyuarat Pertama bagi Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Terengganu (Sidang DUN) yang akan bermula pada 5 April, 2010.

Ia akan membuka peluang kepada rakyat mendapat penjelasan sebenar dari Exco yang berkenaan, Yahya Khatib, apakah sebenarnya yang berlaku keatas projek INOS-AKUATROP, UMT yang bernilai RM 25, 107, 122.50 itu.

Menurut saksi, Encik Sharif Dollah, 33, kejadian berlaku dengan pantas dan menyebabkan pekerja gagal menyelamatkan diri kerana tiba-tiba besi penahan patah dan menghempap pekerja berkenaan.

“Masa itu tengah buat kerja, tiba-tiba ‘stagin’ patah dan menghempap pekerja yang sedang mengisi simen hendak buat tangki air, seorang mati dan seorang lagi tersepit, semua dari Bangladesh,” ujarnya.

Namun, apakah ‘besi yang tiba-tiba patah’ itu adalah kerana kecuaian pekerja itu sendiri sebagaimana disifatkan Ahmad Said? Apa yang sebenarnya cuba disembunyikan oleh Ahmad?

Untuk rekod, kontraktor yang mendapat tender pembinaan projek INOS-AKUATROP, UMT yang bernilai RM 25, 107, 122.50 adalah Pembinaan M.A.N Sdn Bhd yang beralamat di 25-A Losong Masjid

Kes 'Rahmat' sebelum ini
- “Bangunan runtuh Satu Rahmat Untuk Rakyat Terengganu,”kata Yahya Khatib

- MPK Diminta Jelaskan Status dan Tahap Keselamatan Pasar Binjai (Binjai Souq)

- ITC Di Kemaman Pula Runtuh !

- Siasat Masjid RM2.1 Juta Runtuh

- Kolam Renang Batu Burok bocor?

UMNO WAJAR BENTRAS PENYUMBANG SUMBANG !

AJK UMNO Bahagian Ditangkap Khalwat Dengan Gadis Bawah Umur
TANAH MERAH - Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi maksiat yang dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah bersama lapan anggota penguat kuasa yang diketuai oleh Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail serta ahli Rukun Tetangga (RT) kawasan setempat.

Difahamkan semasa kejadian, penguat kuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguat kuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedang berkemban.

“Dia bersama pasangannya itu dibawa ke pejabat JHEAIK jajahan ini untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Sementara itu, dalam operasi yang sama pihak berkenaan juga berjaya menahan seorang lelaki dan wanita berdua-duaan di sebuah bilik hotel lain.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.

Nik Zuhdi berharap agar masyarakat sentiasa memberi kerjasama dan membantu pihak JHEAIK bagi menangani gejala maksiat.

“Kerjasama daripada orang ramai bagi menghindari perbuatan ini dari berleluasa amat diperlukan dan diharapkan gejala ini dapat ditangani bersama,” katanya.

sinarharian