Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 21, 2010

PM KENA SAMAN RM200,000,000

KUALA LUMPUR : Dua peguam, M. Manoharan dan P. Uthayakumar hari ini memfailkan writ saman RM200 juta di Mahkamah Tinggi di sini terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tiga tahun lalu.

Selain Perdana Menteri, plaintif turut menamakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; penguasa tempat tahanan perlindungan Taiping, Perak dan kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga keenam.

Kedua-dua plaintif mendakwa ditahan tanpa perbicaraan selama dua tahun mulai 13 Disember 2007 di tempat tahanan perlindungan di Taiping di bawah ISA 1960.

2 comments:

Anonymous said...

GUA SOKONG LU BEB...
LAGI BAGU RAMAI2 PAKAT
ORANG YANG PERNAH KENA ISA BUAT SAMAN 1 BILION...

zanomar said...

ISA kat malaysia ni cuma nak pekena orang politik saja terutamanya yang pembangkang.akta yang zalim lagi primitif.satu contoh kerja penganas ialah bunuh orang pastu BOMMMMMM.