PERUMAHAN NAIK DULU ATAU KILANG BINA KEMUDIAN ? Kilang membuat sarung tangan getah diberitakan dah ada sejak tahun ? Kalau nak bagi Kerajaan PR uruskan , kena bagi masa. Kalau senang, dulu BN/UMNO dah setel.
Persoalannya siapa yang luluskan projek perumahan? Di zaman siapa?
Masa projek perumahan itu nak dibuat, penduduk mana ada lagi tau-tau main beli jer.
Rasa teman , masa BN/MNO dulu pun pernah komplen tapi tak dilayan cuma bila selari dengan BN/UMNO yang bercita-cita nak jatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat mak beria-ia mereka memberontak sampai mengadu ke PM baru ada respon. Ini bermakna kes itu sampai ke Kemeterian pun tiada layanan, betultak? Tak manasabah kes tersebut kena sampai ke Perdana Menteri baru ada tindakan susulan, dan berduyunlah menteri-menteri nak tunjuk diri kununya prihatin.
Di bawah ini tajuk berita sedih tapi kelakar...bacalah, adake kes begini melalui majlis , melalui exco, melalu kementerian ...tapi semuanya tak dilayan dan
PM arah masalah penduduk di Taman Suria diselesaikan segera
KUALA SELANGOR - Kira-kira 1,000 penduduk di Taman Suria, Bestari Jaya di sini yang mendakwa terdedah kepada pencemaran berpunca daripada sebuah kilang sarung tangan getah berhampiran perumahan mereka kini mampu menarik nafas lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengarahkan agar isu itu diselesaikan dengan segera.
Perkara itu disampaikan oleh Datuk Suhaimi Ibrahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang mewakili menteri itu pada sesi perjumpaan dengan penduduk taman itu di sini, hari ini.
"Pada Jumaat lepas saya telah terima arahan daripada Perdana Menteri untuk menemui wakil-wakil penduduk bagi menangani isu ini. Perdana Menteri telah mengarahkan supaya menyediakan laporan terperinci agar tindakan dapat diambil dengan segera," katanya.
Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Setiausaha Politik kepada Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Abidin Supardi, penyelaras Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K. Parthiban serta wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Suhaimi berkata, kerajaan pusat kesal dengan kerajaan negeri Selangor yang mengambil sikap lepas tangan dan masih membenarkan kilang terbabit beroperasi walaupun jelas wujud unsur pencemaran yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan keselamatan penduduk di taman itu.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment