Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 21, 2010

KARPAL SINGH DAH MULA TERIMA KONSEP NEGARA ISLAM, KAPAL UMNO AKAN TENGGELAM

MELAKA, 20 Dis: Rata-rata ahli PAS melahirkan kesyukuran dan lega dengan kenyataan Karpal Singh berhubung isu Negara Islam pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Kepala Batas, semalam.
Asri Shaikh, 45, dari Masjid Tanah berkata kenyataan Pengerusi DAP itu jelas menggambarkan bahawa beliau semakin faham akan negara Islam yang sebelum ini beliau seolah-olah menentang tanpa asas yang kukuh.
"Kenyataan Pengerusi DAP itu merupakan perkembangan yang positif dan menunjukkan sikap keterbukaan beliau terhadap Islam.
"Beliau mula faham dengan pendekatan dakwah yang kita bawa," ujar Asri yang juga Setiausaha PAS Kawasan Masjid Tanah.
Bagi Imran Abdul Rahman, 44, (kanan) dari Tanjung Bidara, kalau sebelum ini Karpal dilihat begitu keras menentang negara Islam kini beliau kelihatan bersedia untuk berbincang dan mendengar dengan teliti tentang isu tersebut.
"Terbukti usaha PAS selama ini menerangkan tentang negara Islam mula difahami oleh semua orang termasuk DAP, cuma Umno sahaja yang terus membutakan mata dan memekakkan telinga.
"Tidak mustahil suatu hari mereka akan menerima konsep negara Islam yang terbukti adil dan telus kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi," kata Imran yang juga merupakan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka.
Sementara itu, Kintan Man, 49, (kiri) dari Serkam berkata setelah 20 tahun isu ini menjadi bahan eksploitasi BN terhadap PAS dan DAP, kini ia akan berakhir dengan sikap dinamik dan terbuka pimpinan atasan PR.
"Kejayaan ini merupakan suatu kejayaan yang manis dan membuktikan tahalluf siyasi yang diamalkan oleh PAS mula menampakkan kejayaan yang sukar untuk dipercayai sebelum ini.
"Kenyataan Karpal sebelum ini yang dilihat menentang keras negara Islam mungkin disebabkan dari pengamatan beliau selama ini yang melihat Islam ala Umno yang jelas mendisriminasikan rakyat, menzalimi rakyat serta penuh dengan amalan rasuah dan penyelewengan," ujar Kintan yang Setiausaha Dewan Muslimat PAS negeri.
Karpal berkata DAP boleh membincangkan isu tersebut dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, isu negara Islam perlu segera dibincang oleh Pakatan Rakyat kerana beliau tidak mahu BN mengeksploitasi isu tersebut dalam pilihan raya umum akan datang.
Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu menegaskan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan akan mempertahankan perlembagaan dan segala peruntukan yang terkandung dalamnya.
“Isunya ialah negara Islam dan ia harus diselesaikan secepat mungkin. DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara. Soal bersabit negara Islam adalah sesuatu yang kami boleh berunding dan saya yakin kita boleh mencapai konsensus,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada konvensyen tersebut.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Teman teringat ada dua peristiwa yang berlaku diwaktu kegermilangan dan perluasan empayer Islam.Satu peristiwa iaitu ketika tentera Islam tidak dapat mempertahankan kota yang mojoriti penduduknya bukan islam dari serangan tentera yang seagamaan dengan penduduk kota itu.Lalu mereka hendak berundur dan menyerah kembali kepada penduduk kota itu.Namum idea ini mendapat bangkangan dari majoriti penduduk itu,malahan mereka hendak bersama dan berpadu dengan tentera Islam untuk mempertahan kota itu dari serangan tentera musuh walupun seagama dengan mereka.Tindakan ini mereka lakukan kerana mereka selama ini merasa kedamaian dan kesenangan dibawah pemerintahan tentera Islam hasil dari perlaksanaan sistem Islam dan dakwah yang berjalan dari masa kemasa.Kefahaman dan manafaat dari ajaran Islam membuatkan mereka bernekad untuk mempertahankan kota itu dari jatuh ketangan tentera musuh Islam yang pasti akan mendatang kemusnahan total kota itu dan kezaliman yang berlaku keatas mereka yang menjadi tawanan perang dan hamba.Peristiwa yang kedua pulak,tentera Islam telah berjaya menawan sebuah kota dan mengalahkan tenteranya lalu memasuki bandar dengan berjalan dijalan utama bandar itu,ketika itu keluarlah wanita yang terdiri anak-nak dara dan bukan anak-anak dara menunjukkan rupawan dan ingin menggoda tetapi mereka terkejut apabila melihat tentera Islam yang berjalan memasuki kota itu menundukkan muka, menghormati dan tidak terus terkam macam tentera Rom jika menawan satu-satu kota diwaktu itu.Ini bermakna Islam itu baik dan jika dakwah Islam berterusan dari masa kemasa bukan sahaja Karpal Singh malahan seluruh anggota Dap dan rakyat bukan Islam dimlaysia yangterdiri pebagai bangsa kan dapat menerima Islam dan ajarannya walaupun mereka tidak beriman sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam.