Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 6, 2010

INI YANG BUAT PEMIMPIN BN BERBULU !

Komen : Bukan sekadar di pinggiran, cuma sebagai Timbalan .

Nik Aziz tetap sokong Anwar

KOTA BHARU 5 Dis. -Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menyokong cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini biarpun Dewan Ulama Pas membantah.

Beliau berkata, sesiapa sahaja yang menjadi warganegara layak menjadi Timbalan Perdana Menteri asalkan ia tidak bercanggah dengan Islam.

"Saya nak sebut begini sekadar nak jadi timbalan tidak jadi masalah, syaratnya tidak bertentangan dengan Islam. Nak buat apa Cina, Melayu dan India, rakyat Malaysia ada kad pengenalan boleh jadi ahli Parlimen.

"Semua boleh mengundi, apa lagi boleh jadi ahli Parlimen tidak ada tentangan dalam Perlembagaan. Sekarang pun ada yang menjadi menteri dalam Barisan Nasional (BN).

"Baki lagi siapa hendak jadi Timbalan Perdana Menteri mesti diputuskan oleh jawatankuasa peringkat pusat pula," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Dataran Rakyat Bandar Baru Tunjong di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan pelbagai pihak yang menentang cadangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk melantik Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Bantahan yang dibuat oleh dewan ulamak Pas ada asas dan kebenarannya.Lontaran idea yang disampaikan oleh Tuan guru Nik Aziz ada alasannya.Disebalik hujah-hujah yang diberi oleh kedua pihak ini ada nilai yang boleh menjadi kayu ukur untuk tranformasi dari status negara Malaysia yang sekular kepada negara Islam dimana realiti rakyatnya terdiri dari berbilang bangsa dan budaya serta agama.Senario politk dan dokongan mungkin antara secebis alasan asas kepada idea dari Tuan guru Nik Aziz ini yang melihat permasalahan umum dan kepentingan kearah pemerintahan Islam.Yang penting sekali, ini adalah merupakan cabaran yang hebat untuk pemimpin bukan Islam seperti Lim Kit Siang untuk menjadi TM diMalaysia mengikut garis panduan yang diletak oleh Tuan Guru Nik Aziz yakni tidak bercanggah dengan Islam.Adakah ini syaratnya.Untuk itu silalah tengok-tengok buku karangan Abu AlaMaududi dan Ibn kaldun mengenai pemerintah islam.