Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, December 24, 2010

Dengan TENANG, rakyat JOHOR akan jatuhkan BN/UMNO !

Isu air Johor memang relevan untuk dibangkitkan dan diperjelaskan kepada rakyat Johor khususnya pengundi di DUN Tenang, menjelang Pilihan Raya Kecil (dalam kawasan Parlimen Labis, Johor) di sana tidak lama lagi. Kerajaan BN sejak dulu memperbodohkan rakyat Johor dan secara tidak langsung rakyat Malaysia dengan menerima perjanjian air BODOH iaitu jual air 3 sen dan beli balik 50 sen.

Kerajaan Johor masih terus membeli air terawat dari Singapura walaupun ratusan juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan lebih 10 tahun lalu bagi membina loji-loji air yang mampu merawat air mentah untuk seluruh JOHOR.
Pokoknya mengapa pembelian air terawat dari Singapura ini maish diteruskan oleh kepimpinan Johor hari ini?
Tahun hadapan, 2011, satu perjanjian untuk menjual air mentah sebanyak 86 juta gelen sehari, dengan harga jualan sebanyak 3 sen setiap 1000 gelen kepada Singapura akan tamat.
Saya difahamkan Kerajaan Johor sehingga ke hari ini masih membeli air terawat dari Singapura pada harga 50 sen setiap 1000 gelen. Jumlah isipadu air yang dibeli tidak boleh melebihi 12 % dari jumlah air mentah yang dijual kepada Singapura.

Perjanjian itu juga menyatakankan bahawa harga air mentah yang dijual dan harga air terawat yang dibeli boleh dibincangkan nilainya dari semasa ke semasa. Jika harga air mentah dijual kepada Singapura dinaikkan, Singapura juga boleh menaikkan harga air terawat pada kadar yang sama.

BEBASKAN JOHOR DARIPADA UMNO/BN!

No comments: