Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Monday, December 6, 2010

BELI SEMUA, WALAU MEREKA BERKERAS MACAM HAK DIA

Komen : PAS Cawangan Bukit Sentosa 2 menyokong 100% penguasaan semula sumber air Negeri Selangor. Pulangkan semula hak rakyat. Kita tidak perlukan CEO gaji sampai RM5 juta setahun.

Kerajaan Selangor tawar beli semua syarikat konsesi air

SHAH ALAM 6 Dis. - Kerajaan negeri akan mengemukakan permohonan tawaran terbuka
untuk membeli keempat-empat konsesi utama bagi melaksanakan program
penstrukturan semula industri bekalan air di Selangor dalam masa tiga minggu
daripada sekarang.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid berkata, ia dilakukan setelah mendapat
kebenaran bertulis daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada 3
Disember yang membenarkan kerajaan negeri membeli kesemua konsesi tersebut.
“Ekoran itu kita akan mengemukakan tawaran terbuka mengikut syarat yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti bagi tujuan pembelian dalam tempoh dua
atau tiga minggu lagi.
“Antara kandungan tawaran itu nanti ialah tawaran-tawaran daripada kerajaan
negeri serta perkara yang mesti dipersetujui bersama dengan syarikat-syarikt
konsesi air,”' ujarnya kepada pemberita di sini hari ini.

Empat pemegang konsesi utama dalam industri air di Selangor adalah Syarikat
Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas), Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB),
Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn. Bhd., (Splash) and Konsortium
ABASS.

Abdul Khalid menambah, pihaknya juga akan memaklumkan kepada kementerian

berkenaan mengenai usaha untuk membeli syarikat-syarikat konsesi itu serta

pendirian kerajaan negeri berhubung isu air. - Utusan

No comments: