Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, December 22, 2010

BATALKAN DAN MUSNAHKAN IC PALSU !

KERAJAAN MESTI BATALKAN K/P, MYKAD YANG DIKELUARKAN MENERUSI CARA YANG MERAGUKAN DEMI MENJAMIN KESELAMATAN RAKYAT TULIN MALAYSIA

UPKO Gesa Kerajaan Batalkan K/P, MyKad Yang Dikeluarkan Menerusi Cara Yang Meragukan

KOTA KINABALU, 21 Dis (Bernama) -- Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) menggesa kerajaan supaya membatalkan semua kad pengenalan Malaysia (K/P) dan MyKad yang dikeluarkan kepada warga asing menerusi cara yang meragukan.

Timbalan Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Bumburing berkata pengeluaran K/P dan MyKad tulen adalah sama seperti meluluskan kewarganegaraan secara automatik kepada pendatang asing yang tidak berkelayakan.

"Keseluruhan langkah untuk mengeluarkan K/P Malaysia dan MyKad kepada pihak yang tidak berkelayakan bertentangan dengan keperluan Perlembagaan Persekutuan dan mencabuli semangat pembentukan Malaysia, di mana Sabah dan Sarawak turut sama menandatanganinya," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Bumburing, yang juga Anggota Parlimen Tuaran, berkata beliau dan Anggota Parlimen lain dari Sabah cuba membangkitkan perkara itu di Parlimen secara lisan dan bertulis.

Bagaimanapun, beliau berkata masa terhad yang diperuntukkan bagi sesi soalan dan jawapan semasa Dewan Rakyat bersidang tidak membenarkan mereka mendapatkan jawapan yang diperlukan daripada Kementerian Dalam Negeri.

Bumburing berkata UPKO akan mengeluarkan satu memorandum menggesa kepada penggantungan segera semua aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran MyKad kepada warga asing, termasuk mengeluarkan kenyataan untuk membatalkan semua K/P Malaysia dan MyKad kepada warga asing.

BUMBURING MENGEMUKAKAN BUKTI WUJUD PATI DI BERIKAN MYKAD DI SABAH?
Memorandum ini merupakan ‘Amanah Rakyat Sabah’ kepada saya untuk disampaikan kepada Kerajaan Persekutuan agar isu PATI yang memiliki dokumen pengenalan diri Malaysia secara tidak sah akan dapat diselesaikan secara bijaksana dan penuh komited. Terima Kasih!

Posted by Silou bah

1 comment:

Anonymous said...

Sokong cadangan ni.UMNO/BN dizaman Mahathir Kutty banyak mengagihkan Kad Pengenalan kepada orang asing sebab nakkan mereka mengindi BN,khususnya diSabah.DiSemenanjung pun begitu ramai yang dapat IC biru walhal baru masuk keSemenanjun cuma setahun-dua.Yang dapat IC Biru cara instant ini ramai pulak yang dibenarkan bawa teksi,lori dan berniaga.Pemberikan dan pengagihan IC Biru (sekarang Mycard) cara sewenang-wenang ini dianggap sebagai satu perbuatan pengkhianatan kepada negara.Yang didapati bersalah wajar dihukum gantung.