Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, December 21, 2010

AIEE ! TERGESA-GESA NAK JUAL, NAK GUNA DUIT KE?


Ulung Tawar Ambil Alih PLUS Dengan Harga RM26 Bilion Secara Tunai

Ini satu lagi, projek penjualan yang boleh dikategorikan macam win-win (entah apa yang menang ..tak tau lah). Rakyat jangan gila bila tengok RMbilion tu, tapi ambil tau kenapa PLUS nak dijual? BN nak lepas tangan ke? Dalam masa yang sama nak guna duit untuk pilihanraya? Inilah perbualan di kedai mamak hari ini. Pembelian PLUS disokong oleh Bank of China. Sukakah kita ? Siapnak jaga tol akan mencanak naik, kerana syarikat akan fikir keuntungan sahaja.

KUALA LUMPUR 21 DIS: Jelas Ulung Sdn Bhd, dengan sokongan Bank of China (BOC), menawarkan untuk mengambil alih semua perniagaan PLUS Expressway Bhd termasuk aset dan liabiliti dengan harga RM26 bilion.
Pengarahnya, Tan Sri Ibrahim Zain berkata penilaian itu yang bersamaan dengan RM5.20 bagi satu saham PLUS, akan dibayar secara tunai.
"Ini adalah janji niaga yang lebih baik bagi PLUS dan mempunyai 60 peratus peluang untuk berjaya. Kami telah menghantar surat tawaran kepada PLUS dan para pengarahnya ," katanya kepada Bernama di sini.
Beliau berkata tawaran itu yang sah sehingga 18 Mac, 2010, lebih baik berbanding yang lain kerana ia tidak akan meminta pengecualian cukai serta kenaikan seterusnya tol dan pampasan atau subsidi daripada kerajaan.
"Janji niaga itu sudah pastinya memberi manfaat kepada pemegang saham minoriti kerana ia menawarkan lebih banyak tunai berbanding tawaran-tawaran lain yang diumumkan.
Ibrahim berkata sokongan daripada BOC adalah menerusi unitnya yang berpangkalan di Hong Kong, Bank of China International. "Jelas Ulung menerima surat pengesahan akhir daripada BOC beberapa harilepas," katanya.
Tawaran daripada Jelas Ulung itu dibuat hanya beberapa hari sebelum pemegang saham PLUS memutuskan tawaran RM23 bilion daripada UEM Group Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Beliau berkata Jelas Ulung akan meneliti keputusan daripada mesyuarat agung luar biasa PLUS pada Khamis dan bagaimana pemegang saham memberi maklum balaskepada tawarannya.
"Apabila cadangan kami dibuat, yang mana lebih baik, apakah yang anda akan lakukan sebagai pengarah? Ini adalah isu tadbir urus korporat. Anda perlu realistik dan adil kepada pemegang kepentingan serta menjelaskan mengapa ia terserah kepada pemegang saham," katanya. Ibrahim berkata syarikat itu tidak mengetahui butir-butir terperinci cadangan yang ditawarkan oleh UEM dan KWSP.
"Bagaimanapun, kami tahu bahawa kami mempunyai kepakaran dalam pengurusan prasarana, pengurusan aliran tunai dan apa yang paling penting, pengurusan keselamatan.
"Pasukan kami akan terdiri daripada orang-orang yang terlibat dalam perniagaan seperti ini sebelum ini. Buat masa ini kami belum boleh mendedahkan nama-nama mereka," katanya.
Ketika ini, hanya Ibrahim dan Datuk Ghazali Mat Ariff merupakan pengarah syarikat yang baru ditubuhkan itu. Dalam perkembangan lain, PLUS berkata ia menerima surat daripada Jelas Ulunguntuk mengambil alih perniagaan dan perusahaannya termasuk semua aset dan liabiliti.
PLUS berkata ia akan mempertimbangkan mengenai terma-terma tawaran itu dan memutuskan tentang tindakan seterusnya, dengan mengambil kira tawaran daripada UEM dan KWSP yang diterima dan diumumkan pada 9 Nov.
"Satu pengumuman akan dibuat sebaik sahaja lembaga telah membuat keputusan mengenai tawaran itu," kata PLUS dalam satu pengumuman kepada Bursa Malaysia.
Sebelum ini, Asas Serba Sdn Bhd mengumumkan rancangannya untuk mengambilalih syarikat-syarikat pemegang konsesi tol di negara ini. Ia akan menubuhkan sebuah syarikat konsesi untuk menerbitkan bon dividen sehingga RM50 bilion bagi membiayai pengambilalihan itu.
BERNAMA
Posted by RAKYAT MARHAEN

1 comment:

zul_neem said...

assalamualaikum

Jangan lupa Ketuanan Melayu kena ambil kira juga,jangan pasal untung,wang selongok dimata,bayaran saham tinggi atau cash money tapi ingat maruah negara,kemudahan dan keselamatan rakyat,harta negara dan ekonomi negara lebih dinilaikan dari nilaian wang kertas yang boleh habis bila-bila masa terutama didalam pasaran wang dunia yang tidak stabil yang masih belaku sekarang ini.Pakat-pakat orang Bn(UMNO) supaya lebih peka keatas syarikat -syarikat yang wujud dinegara kita ini yakni menjual sesuatu kepada orang luar supaya tidak tergores ,tersalar dan tercabar sumpah Ketuanan Melayu itu.Mungkin Ketua pembangkang yang baru-baru ini digantung enam bulan diParlimen jika jadi Pengarah syarikat itu dapat membuat sesuatu untuknya.Menunggu Pakatan Rakyat test power bila memerintah nanti.Semoga kebaikan diperolehi oleh rakyat Malaysia hendaknya.Amin yarabbilalamin.