Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC Selasa malam berjalan selama 120 minit.
Ramai Wartawan sangka ada rombakan pengerusi UMNO negeri atau rombakan jawatan penting di ibupejabat UMNO Malaysia.
Tup-tup sebaliknya Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi UMNO untuk menangguhkan pemilihan jawatan parti di semua peringkat selama 18 bulan.
Kalau ikut jadual , pemilihan cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi UMNO perlu diadakan tahun depan.
Presiden UMNO itu itu berkata langkah berkenaan untuk membolehkan UMNO memberi tumpuan kepada proses pemantapan dan pemulihan parti.
Menurutnya penangguhan itu dibenarkan oleh perlembagaan parti dan bukan kali pertama tetapi beberapa kali digunakan.
Beliau menjelaskan UMNO juga tidak mahu menjadikan tahun depan sebagai medan pergelutan politik yang boleh menimbulkan perbalahan dalam UMNO walaupun parti yakin perkara itu dapat dibendung.
Untuk makluman ini bukan kali pertama MT UMNO menunda pemilihan parti contohnya pada tahun 1999, perhimpunan pernah ditangguh hingga Mei 2000 bagi membolehkan parti memberi tumpuan kepada pilihan raya umum 1999.
Mulai awal tahun depan, semua ketua cawangan dan ketua sayap peringkat cawangan melibatkan lebih 50,000 pemimpin diwajibkan untuk menghadiri kursus parti.
Ramai pemerhati menjangkakan kemungkinan pilihanraya serentak dengan pilihanraya negeri Sarawak yang mandat habis Julai tahun depan. Itupun jika DS Najib berani melakukannya.
Namun UMNO perlu fikirkan kata Tun Dr Mahathir Mohamad kenapa perlu terburu-buru kerana kerajaan pusat masih ada banyak masa.
Penyusunan dijangka akan melibatkan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri yang dipimpin oleh ‘orang luar’ iaitu Terengganu, Kedah, Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
No comments:
Post a Comment