Teman sedih berdoa agar roh allahyarham Mohd Helmi dicucuri rahmat dan mudahan mati beliau dalam syahid (Siapa nak pertikai , tanya ustaz/mufti tentang syahid ini). Tindakan perlu dilakukan agar dapat elakkan mangsa seterusnya.
Pada yang hidup iaitu isteri Allahyarham atau warisnya dapat rujuk peguam agar dapat maklumbalas samada boleh saman pihak DBKL atau tidak. Ini bergantung kepada keadaan pokok tersebut samada pokok hidup atau pokok dah mati atau reput. Kalau bukan pokok hidup maka jika di bawah penguasaan DBKL maka DBKL kena bertanggungjawab. Logiknya kita tahu pokok yang ditanam DBKL tidak boleh ditebang sewenangnya oleh sesiapa kecuali kebenaran DBKL maka sudah tentu pokok2 tersebut sentiasa dalam kawalselia DBKL dan sewajarnya DBKL memantau mana-mana pokok yang terlalu rimbun kena cantas dan pokok yang dah mati kena tebang dan bersihkan.
Seorang wanita hanya mampu menangis apabila suaminya yang baru sahaja menghantarnya ke tempat kerja maut dihempap sebatang pokok reput di Jalan Bukit Nanas di sini semalam.
Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang kakitangan bank, Mohd. Helmi Husain, 37, mati selepas mengalami cedera parah di kepala dihempap pokok setinggi lima meter yang terletak di kiri jalan itu ketika hendak ke tempat kerjanya di Jalan Ampang.
Isterinya juga seorang kakitangan bank dan bekerja di Jalan Pudu. Dia yang menerima khabar itu beberapa minit kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan hanya mampu menangis.
Sebaik sampai, dia melihat mayat suaminya masih lagi ditimpa batang pokok tersebut sebelum ia dialihkan oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Difahamkan, setiap hari, bapa kepada lapan anak itu akan menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum dia akan ke pejabatnya pula.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, pokok tersebut tiba-tiba tumbang sebaik mangsa melalui kawasan tersebut.
Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin
pasbs2
pasbs baner
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment