Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Wednesday, November 3, 2010

TUDUH ORANG FITNAH TAPI PENAKUT MASUK MAHKAMAH


SHAH ALAM 2 NOV : Bekas Menteri Besar Selangor (UMNO), Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sekali lagi gagal hadir ke kamar mahkamah Sivil bagi menjawab pertanyaan saman ke atas ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berhubung isu banglo mewah yang dimilikinya di Seksyen 7, Shah Alam.

Mahkamah hari ini memutuskan Khir Toyo untuk menjawab pertanyaan kes saman tersebut sebelum 3 Disember depan.

"Pada bulan satu lepas saya dan peguam saya Yb Mnoharan sudah mengemukan pembelaan saya kepada mahkamah dan sepatutnya pihak pendakwa daripada Khir Toyo patut menjalankan proses secepat mungkin kerana beliau beria-ia mahu saman kononnya saya mahu menfitnah beliau".

"Kenapa kes ini tidak wajar dibatalkan,maka dengan itu pihak mereka tergesa-gesa memfailkan dan hakim hari ini pihak pendaftar memberi peluang untuk failkan semula pada 3hb supaya hakim menentukan sama-ada kes ini wajar diteruskan atau tidak".

Ng Sue Lim berkata demikian ketika ditemui diluar mahkamah turut mempersoalkan ke mana individu yang beria-ia manyatakan beliau menfitnah ekoran kenyataannya mendedahkan 'Istana Mahligai Khir Toyo bernilai 24juta' tahun lepas tetapi gagal menghadirkan diri di Mahkamah hari ini.

Sebelum ini, Ng Suee Lim mendedahkan 'Istana Mahligai Khir Toyo bernilai 24juta' itu adalah tidak mungkin mampu dibiayai Khir Toyo melalui pendapatan beliau sebagai Menteri Besar yang dianggarkan RM576,000 setahun iaitu RM4.6 juta dalam tempoh lapan tahun memegang jawatan tersebut.

Dr Mohamad Khir bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menegaskan banglo miliknya itu hanya berharga RM3.5 juta yang dibeli menerusi pinjaman daripada sebuah bank dengan tempoh bayaran ansuran selama 30 tahun.

Ng Sue Lim turut menyuarakan rasa kesal dengan sikap mantan Menteri Besar yang seolah-olah lari dari kenyataan dan takut akan kebenaran.

"Sepatutnya beliau proceed sebaliknya beliau biar fail itu tidur sekian lama,berbulan-bulan sehingga dalam keadaan koma selama 7 bulan"

Tambah Ng, beliau tetap akan berjuang melawan kes ini dan pihaknya sudah lama bersedia untuk bertemu dengan Khir Toyo di mahkamah bagi menjawab segala tanda tanya rakyat berhubung Istana Mahligai Khir Toyo yang bernilai RM 24 juta'.

"Dalam masa yang sama juga rakyat masih tertanya-tanya mantan MB selama 8 tahun memerintah dapat membolot kekayaan sehingga dapat membina mahligai beliau yang saya anggarkan sejumlah RM 24 juta".

No comments: