Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, November 12, 2010

PM MALAYSIA SUMBANG SATU BILION DUIT SENDIRI TAU !

Merapi: PM beri sumbangan Rp 1,000,000,000

YOGYAKARTA 11 Nov. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada mangsa letusan Gunung Merapi yang setakat ini telah mengorbankan 194 orang.

Sumbangan itu disampaikan secara simbolik oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Gabenor Yogyakarta, Sri Sultan Hamengkubowo X di sini.

Ahmad Zahid memberitahu sumbangan bernilai Rp1 bilion atau kira-kira RM370,000 berbentuk pakaian, selimut dan sebagainya itu merupakan tanda prihatin Perdana Menteri terhadap nasib yang menimpa masyarakat di sekitar lereng gunung berapi tersebut.

"Sumbangan ini memang kecil, bagaimanapun Malaysia bersedia memberi bantuan yang lebih kepada mangsa.

"Malaysia sanggup menerbangkan pesawat milik Tentera Udara Diraja Malaysia untuk membawa bantuan kepada mangsa Merapi jika ia diperlukan," katanya pada persidangan akhbar di sini, hari ini.

Ahmad Zahid, kelmarin bertemu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono bagi menyampaikan rasa simpati rakyat Malaysia dan Perdana Menteri terhadap bencana yang menimpa rakyat negara itu.

Beliau juga menyatakan sumbangan tersebut bukan bertujuan untuk mengambil alih peranan Jakarta, sebaliknya sebagai rasa prihatin Malaysia kepada Indonesia.

Sebagai negara jiran yang paling akrab, kata beliau, Malaysia amat prihatin dan turut merasakan penderitaan yang dialami oleh rakyat Indonesia ketika ini.

Sehubungan itu, katanya, para pelajar perubatan tahun akhir di Universiti Gadjah Mada kini turut membantu merawat mangsa-mangsa yang cedera akibat letusan Merapi sejak lebih dua minggu lalu.

Beliau juga meminta apabila para pelajar lain yang pulang ke Malaysia baru-baru ini dan kembali semula ke kampus supaya turut terlibat dalam kerja-kerja sukarela membantu mangsa pasca bencana.

"Saya meminta mereka mengadakan jadual dan apabila tidak ada kelas para pelajar berkenaan turut menjadi sukarelawan membantu mangsa bencana," katanya.

Setakat ini sebanyak 500,000 penghuni di lereng Merapi telah dipindahkan ke pusat pemindahan sejak gunung berapi itu meletus pada 26 Oktober lalu.

Letusan Gunung Merapi pula semakin mengecil kini selepas letusan yang disifatkan sebagai paling besar pada abad ini berlaku pada 5 November lalu. - Utusan

No comments: