Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Saturday, November 20, 2010

KERJA JAHAT & CIKAI MEMANG DIPERTIKAI !

PAS pertikai daftar pemilih baru

Dalam bahang pilihan raya umum yang semakin terasa, PAS kini semakin giat mempertikaikan ketelusan dalam daftar pemilih SPR.

Di Pulau Pinang, PAS negeri itu masih menuntut jawapan berhubung penambahan seramai 630 orang pengundi pos, seperti yang dikesan dalam kawasan parlimen Tasek Gelugor.

Malah, seorang pengundi terlibat tampil berkata tidak tahu menahu mengenai status pemilihnya yang kini didakwa ditukarkan menjadi pengundi pos.

Guru berumur 29 tahun di Sarawak itu berkata, beliau sebelum ini mengundi sebagai pengundi awam.

"Saya tidak tahu (ditukar status menjadi pengundi pos)," katanya sambil memberitahu mengetahui perkara itu daripada seorang pemimpin PAS.


"Dia yang buat semakan dan beritahu saya sudah hilang kelayakan sebagai pengundi awam," katanya yang merupakan isteri kepada seorang anggota tentera yang bertugas di negeri itu.

Sementara itu, setiausaha jabatan pilihan raya PAS negeri Mohd Jamil Abdul Rahman berkata pertambahan pengundi pos itu dikesan sejak senarai pemilih berkenaan dipamerkan selama seminggu, berakhir pada 2 November lalu.

Mohd Jamil berkata, bantahan telah pun dikemukakan oleh PAS Pulau Pinang berhubung kes melibatkan guru itu dan juga beberapa lagi kes lain seumpamanya yang dikenalpasti.

"Kita buat bantahan kepada SPR sebab pengundi tidak diberitahu dia sudah jadi pengundi pos dan juga mengenai perubahan tempat mengundi.

"Bila tiba masa untuk mengundi, nama dia tak ada. Inilah yang menjadi masalah," katanya lagi.

Dakwaan 'pakatan jahat' SPR, ATM

Sementara itu, situasi yang lebih kurang sama turut ditimbulkan oleh PAS di negeri Kedah dengan dakwaan wujudnya "pakatan jahat antara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)."

azizan razak and kedahDakwaan itu ditimbulkan sendiri oleh menteri besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mendakwa "berlaku penipuan dalam daftar pemilih di beberapa kawasan di negeri itu," seperti dilaporkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri malah menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat SPR berhubung senarai pengundi baru yang dipamerkan baru-baru ini.

Menteri besar itu berkata, seramai 283 orang pemilih baru dikesan didaftarkan Kem Bukit Kayu Hitam.

"Namun setelah disemak, nama terbabit adalah isteri anggota tentera. Peliknya kerana kem itu bukan kuarters keluarga, sebaliknya hanya tempat operasi," katanya yang dipetik dalam laporan tersebut.

Beliau juga menyebut mengenai senarai pemilih di sebuah pengkalan askar wataniah yang juga didapati terdiri daripada isteri anggota tentera.

"Macam mana isteri mereka dibawa ke kem berkenaan kerana itu pengkalan operasi dalam hutan. Tak ada keluarga tinggal di situ," katanya lagi dalam laporan berkenaan.

Namun, sejauh mana wujudnya elemen rasuah dalam dakwaannya itu setakat ini belum dapat dipastikan.

SPRM ketika dihubungi hari ini juga enggan memberikan ulasan sama ada akan menyiasat kes berkenaan. -MK

1 comment:

blogmaster said...

Assalamualaikum , tuan blog yang budiman serta pembaca blog ini yang dihormati, di sini ada 1 jemputan:

Ekspo Perdagangan Antarabangsa Cheng Ho, Stadium Sultan Muhammad IV,Kota Bharu, Kelantan
21- 26 November 2010 / 10 pagi - 10 malam. Semua dijemput hadir.

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kelantan Ingin menjemput tuan, puan, saudara, saudari, adik,abang dan kakak serta seluruh Rakyat Malaysia yang dihormati untuk turut memeriahkan Ekspo Perdangangan Antarabangsa Islam @ Ekspo Cheng Ho (Kelantan-China) pada 21 hingga 26 November 2010/ jam 10 pagi hingga 10 malam.
Bertempat di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan

- Pameran Teknologi Bertaraf Dunia dari China
- Pameran Perniagaan Malaysia dan China
- Pesta Makanan Halal IKS Tempatan & Antarabangsa
- Pameran Ilmiah Tamadun
- Pameran Sejarah Islam & Pelayaran Cheng Ho
- Forum Perniagaan & Business Matchmaking
- Pertunjukan Fesyen Islam
- Pertunjukan Akrobatik


Bagi mereka yang tidak dapat hadir, masih boleh kunjungi Ekspo Cheng Ho ini secara "Maya@ Virtual" melalui saluran web/ blog berikut:

Blog Media Cheng Ho Expo www.chenghoexpo.blogspot.com
Online Expo di - www.chenghoexpo.net
TV 6 TV Malaysia.net - www.tvmalaysia.net
dan Web YB Dato Husam Musa - www.husammusa.com


Terima Kasih.