Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Friday, November 26, 2010

JPJ NEGERI SEMBILAN LAGI DASYAT DARI YAYASAN SELANGOR !

Kalau di Yayasan Selangor belanja RM300,000 untuk ulangtahun Yayasan dan meraikan Sultan disiasat SPRM. Kira majlis ni wujud gak. Tapi kes JPJ lagi hebat, majlis tak wujud pun boleh kumpul dana RM600,000.

EMPAT PEGAWAI JPJ NEGERI SEMBILAN BERDEPAN KEMUNGKINAN DIBUANG KERJAPASAL KUTIP RM600,000 UNTUK MAJLIS TAK WUJUD.

4 orang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, berdepan kehilangan jawatan selepas mereka kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam kutipan dana menganjurkan majlis makan malam yang tak wujud.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, jabatan itu dan Kementerian Pengangkutan memandang serius perbuatan itu kerana ia melibatkan sesuatu yang bertentangan dengan disiplin dan peraturan mengikut Perintah Am.

Difahamkan, JPJ sedang meneliti kes berkenaan secaa mendalam dan akan bertindak sewajarnya termasuk membuang kerja jika mereka didapati sahih dan sah terbabit.

Kini kesemuanya sedang disiasat SPRM kerana terbabit dalam penyalahgunaan kuasa dengan mengutip dana secara haram sehingga mencecah RM600,000 untuk menganjurkan satu majlis yang tidak wujud.

Kumpulan pegawai JPJ itu dikatakan menggunakan nama kelab untuk menjalankan kerja busuk mereka dan menggunakan akaun kelab berkenaan untuk menyimpan wang yang dikutip. Namun difahamkan daripada sejumlah RM600,000 yang berjaya dikutip, sebahagian besarnya telah dikeluarkan manakala akaun kelab itu hanya berbaki sekitar RM4,000 sahaja.

3 comments:

Anonymous said...

mengapa bandingkan jpj N,S.dengan apa yg terjadi di selangor,PR DENGAN SEMUA ANGKATAN SELAMA INI BERDEMO MENUDOH UMNO MACAM2,TAPI PR YG TAK INGIN SEMUA ITU BERLAKU TAPI MENGAPA INI TERJADI DALAM PR,CAKAP TAK SERUPA BIKIN BERDEMO BAGAIKAN NAK RUNTOH DUNIA BAHAWA HANYA INGIN MENGATAKAN SEMUA NYA UMNO YG TAK BETUL PR INSAN YG BAIK,INGAT LAH KITA KATA ORG TAPI KITA YG LEBEH,ALLAH MAHA KETAHUAI TIAP NIAT UMAT MOHAMAD INI,WALAU SABESAR SAWI PUN ALLAH AKAN KIRA TIAP KEBAIKAN ATAU KEJAHATAN SASAORG ITU,UMNO TETAP TAK BETUL TAPI KITA LEBEH TEROK LAGI DARI UMNO,

Anonymous said...

Semoga Allah membuka hati mereka yang lupa

zul_neem said...

assalamualaikum

Kita itu siapa?