Kenapa dinamakan Blogspot Ulama Pewaris Nabi ? Blog ini telah diaktifkan sejak tahun 2008 dengan berlatarbelakang memberi info tentang Islam dan politik. Blog ini sentiasa berterusan memperjuangkan memberi, menwar, memapar maklumat/info/penerangan ISLAM & politik namun Ulama Pewaris Nabi adalah menjadi idola dan perlu dijadikan ikutan dan juga sebagai sempadan kebaikan yang akan menahan atau membatas kejahatan agar tidak berterusan dan disedarkan sehingga akhirnya kebaikan akan menguasai keadaan.Nama blog ini tidak mencerminkan blogernya seorang Ulama tetapi sedang berusaha dan bercita-cita ke arah itu.Amin

pasbs2

pasbs2

pasbs baner

pasbs baner

Tuesday, November 23, 2010

HUYOO , CEKAP & TANGKAS - MACAM BELANGKAS?

Komen : Kalau pengadu dari Pakatan Rakyat mesti disoal dulu berjam-jam bukan yang dituduh disiasat.Tapi kalau BN/UMNO buat tuduhan di media dah tergesa-gesa SPRM menyiasat ,kalau adil siasatlah Noh Omar dulu ... betulke tuduhannya.
Pasal tu orang ramai kata BN/UMNO dengan SPRM macam belangkas. Tapi kalau dengan Pakatan Rakyat dilayan macam bukan rakyat. Kalau SPRM tidak mahu namanya busuk serta dituduh lebih kuah dari sudu maka buatlah tugas yang standard. Contohnya : 1. SPRM hanya buat siasatan jika sudah aduan bertulis bukan aduan kata-kata dari sumber media massa.
2. Jika prosidur SPRM kena siasat pengadu dulu maka semua siasatan melibatkan pengadu dari semua parti tak kira dari UMNO/BN perlu dilayan sama.
3. Pastikan mangsa siasatan tidak dibiarkan berlegar dalam pejabat SPRM selepas disoalsiasat macam kes Teoh beng Hock.
4. Pastikan SPRM bertanggungjawab kepada mangsa siasatan semasa dalam bangunannya bukan mencari alasan tapi beri pampasan.

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan seorang pegawai atasan Yayasan Selangor berhubung dakwaan kos penganjuran sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu yang melebihi RM300,000, baru-baru ini.

Pegawai berkenaan yang sebelum ini diarahkan bercuti ditahan pada sebelah pagi sebelum dibawa ke pejabatnya di Tingkat 16, Pejabat Yayasan Selangor di Petaling Jaya, dekat sini.

Sepasukan pegawai SPRM yang berpejabat di sini mengambil sedikit masa bagi menyemak fail sebelum membawa keluar beberapa dokumen dari pejabatnya.
Difahamkan, pegawai atasan yayasan itu akan direman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki, ketika dihubungi berharap SPRM dapat menyiapkan siasatannya secepat mungkin bagi membolehkan pegawainya itu kembali bertugas seperti biasa.

Saya kesal dengan keadaan sekarang tetapi saya akui tiada orang mengatasi undang-undang. Jika seseorang itu didapati bersalah, dia perlu menerima kesannya dan begitulah sebaliknya. Kebenaran perlu ditegakkan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebelum ini mengarahkan pegawai atasan itu bercuti bergaji selama sebulan sehingga siasatan mengenainya selesai kerana siasatan awal menunjukkan terdapat pembabitan pejabat beliau dalam urusan mengeluarkan kos perbelanjaan tidak munasabah itu.

Baru-baru ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 Yayasan Selangor di Asrama Tun Dr Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.

Ketika menyampaikan keputusan baginda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud, berkata Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai satu pembaziran dan tidak berfaedah.
-BH